Di negeri bertuah ini, ada dua countdown yang penting untuk tahun ini. Satu untuk SUKMA dan satu lagi untuk jadi negeri maju.
SUKMA? Entah le, sejak saya menyertai SUKMA pertama, yang diadakan di Universiti Malaya, saya dah tak ambil kisah lagi tentang SUKMA ni. SUKMA dah menjadi medan berebut pingat. Bukan lagi tempat mencungkil bakat baru, ide yang dikemukakan setelah edisi yang pertama.
Negeri maju? Saya sendiri tak tahu apa definisi negeri maju. Tapi countdown ini telah tertera di pancaran elektronik. 223 hari lagi bumi bertuah ini akan jadi negeri maju. Pada masa 20:10, pada tarikh 20.10, pada tahun 2010.
Kata saya...boleh ka?
2 comments:
declare no hal.... mana ada orang odit negeri maju.....
teringat rakan-rakan mohon scholarship post grad.. nak mohon dia punya buat proposal bombastic.. kalau tak bombastic, tak lulus.. panel punya tanya macam nak dapat nobel prize... tapi bila dah habis mana ada orang check apa yang telah dibuat......
san
yg aku question, adakah bila sampai tempoh tersebut secara automatik bertukar dari developing to developed...
Post a Comment