Friday, April 02, 2010

Sudah Potong? Apa Jadi?

Dulu ada iklan sudah potong kabel ke belum? Ramai ke yang potong? Dengar cerita ada jugak yang menyesal selepas potong. Ada yang nak sambung semula. Tak tau la. Saya masih pasang kabel.

Apa sebenarnya yang terjadi? Senyap aje dah sekarang.

Sekarang syarikat telekom kita pula telah lancar pula apa yang dinamakan hi-speed broadband. Mereka kata internet yang laju dengan harga yang berpatutan. Biasanya mereka akan bandingkan dengan kelajuan serantau dan harga yang dikenakan.

Pengkritik mengatakan jiran kita mengenakan bayaran yang sama dengan kelajuan 5 kali lebih laju. Jadi sekarang jawapan mereka, kalau tak silap, strategi business.

Hi, hi, teringat saya kartun dalam the Star. Dulu kita ada broadband (gambar siput babi), sekarang kita ada high-speed broadband (gambar siput babi pakai helmet dengan stiker penaja).

Kata saya...bila kena kat dia, dia banding dengan jiran dan kata kadar kita yang terendah., bila bukan terendah, lain pula ceritanya.

2 comments:

WaNNi said...

mmg suka je bandingkan dgn jiran. masalahnye bkn bandingkan utk jd lebih baik tp sekadar suruh terima seadanya.

jorazak said...

ibu baru
yg ni sah dia tak berani banding dgn jiran kita. dah sah dia kalah. tak tau la berapa ramai yg akan subscribe nanti...saya akan tunggu lama2 nanti lama2 sampai dia buat promosi...