Tuesday, May 11, 2010

Ada Apa Dengan Konsert

Pihak penguasa bumi bertuah ini telah meluluskan konsert selama 12 jam, dari 7 malam hingga 7 pagi. Sungguh malang sekali Malaysia ini.

Pihak yang memberi kelulusan, tak tahulah di mana letak akal mereka.

Tak kanlah mereka tak boleh berfikir apa pengisian bila konsert dibuat sepanjang itu?

Pernah ke Beatles atau Rolling Stones buat konsert sepanjang itu?

Apa tujuan konsert dibuat melampaui tengah malam? Apa kata pihak bertanggungjawab buat test dulu dengan artis tempatan.

Kata saya...kalau dah mangkuk, mangkuk juga, tak boleh digelar piring atau cawan!

2 comments:

MA said...

Depa nak tiru Woodstock di zaman hippies dulu tu lah kot? Kat mana konsert ni?

jorazak said...

MA
khabarnya Festival Muzik di genting highland 15 mei ini. melibatkan dj dan artis tempatan dan luar negara. mereka mahu manusia di bumi bertuah ini leka dengan hiburan sepanjang malam hingga ke pagi...
hi, hi, agaknya kalau dah boring boleh juga jengok kat meja yg ada roda2 impian itu.