Tuesday, August 31, 2010

Ringtones

Saya sangat menyampah bila handphone berbunyi ketika solat. Sebab itu saya selalu tinggalkan handphone di pejabat, di rumah atau dalam kereta sebelum solat di masjid atau surau.

Kini bulan Ramadhan. Yang biasanya jarang nampak muka di masjid dan surau berduyun-duyun datang solat berjemaah. Bagus! Tapi malangnya ramai yang bawa handphone ke rumah ibadah ini. Ramai pula yang "LUPA" nak off-kan atau silent-kan handphone mereka. Walaupun di setengah masjid dah ditampal "Tiada panggilan yang lebih baik dari panggilan Ilahi".

Hasilnya...

Bermacam-macam bunyi deringan diperdengarkan. Kalau deringan yang bagus tak apa, biasanya deringan yang memang KURANG sesuai untuk didengar di dalam rumah ibadah.

Salah siapa? Hi, hi, jangan salahkan sipembawa handphone, salahkan teknologi la...Penting sangat panggilan sampai takut terlepas...

Kata saya...nak aman beribadah JANGAN bawa handphone ke masjid

Sunday, August 29, 2010

Mereka Lupa?

Hari Jumaat saya dipanggil Dekan. Dia cadangkan nama saya untuk pergi bengkel 2 hari di Putrajaya bulan November nanti. Saya tanpa banyak usul periksa setuju.

Balik ke pejabat saya terus isi borang. Kemudian semak dan menulis dalam buku harian saya. Terkejut bila tarikh yang dicadangkan jatuh pada Hari Raya AidilAdha. Hi, hi, saya pun menulis e-mail untuk menyakat si penganjur.

Semalam saya terima e-mail bengkel dah diubah ke depan, pada 2 & 3 November.

Kata saya...bila puasa kut, mata nampak Raya Aidilfitri aje...

Thursday, August 26, 2010

Menghitung Di Bulan Ini

Di bulan ini...
Sudahkah engkau menghitung

Berapa kali engkau sujud solat sunat
Berapa malam engkau bangun untuk qiamulail
Berapa wang yang engkau sedekahkan
Berapa tasbih yang engkau titipkan
Berapa permohonan maaf yang engkau sebutkan
Berapa helaian Al-Quran yang engkau bacakan
Berapa doa yang engkau pohonkan

Bukan...
menghitung hari ke bulan Syawal
menghitung helaian baju raya

Kata saya...masih menghitung dengan kalkulator

Thursday, August 19, 2010

Sedekah

Faedah Bersedekah - Di Dunia dan Akhirat

Fadhilat atau kelebihan bersedekah - adalah meliputi dunia dan akhirat. Faedahnya di dunia ialah:
a. Memurahkan rezeki
b. Menolak bala bencana
c. Memanjangkan umur
d. Mencegah dari kematian yang buruk
e. Menghapuskan dosa

Manakala faedah di akhirat pula ialah:
a. Menjadi naungan dari panas terik di padang mahsyar
b. Menjadi pendinding dari api neraka.

M.s. 249 Mastika Hadith

Kata saya...perbanyakanlah berbuat sedekah di bulan yang mulia ini.

Monday, August 16, 2010

Mahasiswa & Politik

Suatu masa dulu semasa saya di UK, sebuah parti politik itu dengan terang-terangan membuka kelabnya di kalangan mahasiswa di sana. Tak tau le pulak itu bukan kelab parti politik.

Malah AJK kelab parti politik secara terang-terangan juga dijemput menghadiri perhimpunan agung tahunan. Sekarang ni tak tau la...

Kata saya...saya tak kisah. Saya tak minat nak join mana-mana parti politik. Takut ditanya di SANA kelak...

Saturday, August 07, 2010

Islamophobia Anyone?

Jika benar apa yang dibicarakan oleh Malaysiakini berkenaan bidasan Chua Soi Lek terhadap UMNO dan PAS tentang cubaan meraih sokongan menggunakan Agama Islam dan mengaitkan hasil tulisan Syed Akbar Ali yang berjudul "Malaysia and the Club of Doom", maka saya dengan ini mencabar Chua supaya membawa keluar MCA dari Barisan Nasional dan bertanding sebagai sebuah parti politik kaum Cina dalam PRU13.

Jika benar apa yang ditulis dalam akhbar maya itu (hi, hi, sebab saya cuma baca apa yang ditulis, saya tak tau mandarin dan saya tak pergi konvensyen itu), saya cabar Chua sebagai seorang Islam!

Kalau betul, ini sorang lagi yang masuk dalam senarai Anti-Islam saya!

Jangan letak calon MCA dalam DUN dan Parlimen saya untuk PRU13, saya TAK akan sokong (hi, hi, atau saya tak pergi mengundi atau saya buat undi PROTES)!

Kata saya...alahai apa lah nak diharap sangat dengan orang yang dah LUPUS akhlaknya! Alangkah ruginya ahli MCA!

Friday, August 06, 2010

Kenapa...

Esok dan lusa akan dijalankan Konvokesyen ke 6 universiti ini.

Walaubagaimana pun saya masih tidak memahami tradisi yang diamalkan oleh universiti-universiti di Malaysia.

Bila ada konvo, mesti ada pesta konvo! Saya masih tak faham maksud sebenar Pesta Konvo. Yang saya nampak, yang kepohnya siswa yang masih menuntut. Graduan yang hendak ambil diploma di pentas, kebanyakannya tak ambil pot langsung. Pesta konvo untuk siswa yang belum tentu tamat belajar...

Masa saya di US dan UK dulu tak ada pun saya tengok adanya pesta konvo. Malah siswa universiti yang masih menuntut tak kisah pun majlis itu. Sebabnya universiti nak raikan mereka yang bergraduan sahaja.

Satu lagi...semua pensyarah lelaki disyaratkan memakai lounge suit, pensyarah wanita "berpakaian sopan". Hi, hi, satu diskriminasi!

Masa saya di US dan UK dulu tak ada pun syarat tersebut. Pensyarah lelaki yang hadir cuma memakai kemeja dan tali leher bersama jubah mereka. Dah pakai jubah mana nak nampak lounge suit mereka!

Kata saya...hi, hi, nampak gayanya saya pakai lounge suit buat syarat aje. Ada sebab nak beli lain untuk ke Abu Dhabi!

Monday, August 02, 2010

Kata Orang Tentang Pencen

Kata orang...
Kalau nak pencen awal, jadikan kerjaya anda seorang askar. Yang pangkat bawah lah kut...

Kata orang...
Kalau nak pencen biasa, kerja swasta. Umur 55 kut...

Kata orang...
Kalau nak pencen lewat dan ada pilihan, kerja kerajaan. Umur 55, 56, 58 atau mungkin 60 agaknya nanti.

Kata orang...
Kalau nak pencen paling lewat, jadilah politician. Selagi boleh menongkat langit selagi itulah bolehnya kerjaya ni. Hi, hi, itu pun kalau ada orang PANGKAH lagi.

Kata saya...cukup-cukup lah berpolitik, baik duduk kat masjid baca kitab....