Tuesday, August 31, 2010

Ringtones

Saya sangat menyampah bila handphone berbunyi ketika solat. Sebab itu saya selalu tinggalkan handphone di pejabat, di rumah atau dalam kereta sebelum solat di masjid atau surau.

Kini bulan Ramadhan. Yang biasanya jarang nampak muka di masjid dan surau berduyun-duyun datang solat berjemaah. Bagus! Tapi malangnya ramai yang bawa handphone ke rumah ibadah ini. Ramai pula yang "LUPA" nak off-kan atau silent-kan handphone mereka. Walaupun di setengah masjid dah ditampal "Tiada panggilan yang lebih baik dari panggilan Ilahi".

Hasilnya...

Bermacam-macam bunyi deringan diperdengarkan. Kalau deringan yang bagus tak apa, biasanya deringan yang memang KURANG sesuai untuk didengar di dalam rumah ibadah.

Salah siapa? Hi, hi, jangan salahkan sipembawa handphone, salahkan teknologi la...Penting sangat panggilan sampai takut terlepas...

Kata saya...nak aman beribadah JANGAN bawa handphone ke masjid

4 comments:

WaNNi said...

Betul2x..kadang2 tu mcm sengaja pulak dibiarkan lama berbunyi..tengok dulu sapa caller lepas mengomel2 apa la si polan ni nak lepas tu baru nak angkat. rasa nak celup je hp diorang tu dlm air.

JahRera said...

salam Jorazak,

Seharusnya sebelum solat, ada pengumuman utk men-silent-kan hanfon masing2. Ini pihak masjid kena buat.

Di Okinawa setiap kali tren bergerak, ada pengumuman menyuruh penumpang elakkan berbual lama atau kuat dgn hanfon.

"Kalau menggunakan hanfon, diharap tidak mengganggu penumpang lain-ini terjemahan pengumuman itu.

Perkara begini kalau dipandang memang kecil tapi inilah yg dipanggil sebagai "quality of life". Jika semua orang mengusahakannya, akan aman hidup dlm dunia ini.

Selamat meneruskan ibadah Ramadan, sama2 kita menceduk barkah-Nya.

jorazak said...

wanni
yg tak tahannya, yg keluar lagu rock lah, lagu yo babe yo babe lah, kita yg mendengar pun sakit jiwa...

jorazak said...

kak lela
memang ada dimaklumkan oleh imam tapi masih ada "degil" dan yg "terlupa" dia ada handphone. kalau bunyi yg biasa tak apa, ni yg lagu yg layak kat disko aje