Semalam saya baca paper, YB Nazri dan Tan Sri Musa katanya akan diambil tindakan ke atas ibu bapa Nurin yang telah ke Rahmatullah tu. Atas alasan cuai. Hari ni baca berita YAB Pak Lah komen tentang hal itu. Saya cuma nak tanya YB Nazri dan Tan Sri Musa berikan saya definisi cuai yang dimaksudkan hingga boleh dihadapkan ke mahkamah. Saya nak bagi beberapa senario, saya harap YB dan Tan Sri tolong jawab.
Senario 1: Anak saya naik basikal ke kedai di kawasan perumahan saya yang jauhnya cuma 100 meter dari rumah saya. Dalam perjalanan anak saya dilanggar kereta. Adakah saya dikatakan cuai kerana membenarkan anak saya ke kedai tanpa teman?
Senario 2: Anak saya naik basikal ke kedai di kawasan perumahan saya yang jauhnya cuma 100 meter dari rumah saya. Dalam perjalanan anak saya disamun oleh mat rempit, jatuh lalu mati. Adakah saya dikatakan cuai kerana membenarkan anak saya ke kedai tanpa orang dewasa?
Senario 3: Anak saya naik basikal ke kedai di kawasan perumahan saya yang jauhnya cuma 100 meter dari rumah saya. Dalam perjalanan anak saya dilarikan oleh orang gila (tak kiralah gila apa) dan kemudian saya dapati anak saya mati di satu lorong kawasan perumahan tu. Adakah saya dikatakan cuai kerana membenarkan anak saya ke kedai tanpa bodyguard?
Tolong jawab YB dan Tan Sri.
Kata saya...cakap tu jangan ikut sedap aje, apa akan terjadi kalau kena atas hidung sendiri. Cuai ke tidak?
2 comments:
J@nggo .. ni boleh diibaratkan kalau kita letak keta kat tepi jalan tetiba ada org dpt masuk dan mencuri.. cuai ke kita sbb pakai letak aje keta kat mana?
Rasanya kalau tak de apa nak cakap baik diamkan aje diri. Kalau tak nampak sangat ke****nya.
Yelah takkan nak letak bodyguard 24 jam.. nanti kalau bodyguard buat hal ngan anak.. cuai ke kita sbb silap pilih bodyguard.. aduhai susahnya menjadi ibu bapa skrg
KS
J@nggo rasa diorang ni nak ambik jalan mudah aje. Kalau kes curi kereta tu dia boleh pulak cakap kenapa tak pakai alarm.
Kan sekarang heboh rumah VVIP kena kena masuk rumah, rumah bekas ketua polis pulak tu. Hah, diorang cuai lah tu agaknya, ekk.
Alah, YB tu pun satu. Pemabntu rumah dia larikan barang kemas. Cuailah agak dia hingga tinggalkan barang kemas banyak-banyak kat rumah. Tak letak di safety deposit box agaknya.
Begitulah agaknya definisi cuai.
Post a Comment