Saturday, November 17, 2007

Pemimpin Dinosaur

Baru baca cerita ni di Berita Harian. Ini menyebabkan saya HAIRAN. Kenapa diorang tak sebut saja nama pemimpin dinosaur tu. Pada hal bukan susah sangat nak sebut. Sebut saja biar semua orang tahu.

Cuma yang saya nak ingatkan Datuk Zolkples dan YB DS Azalina bahawa pemimpin dinosaur tu telah dilantik oleh persatuan memasing. So apa kes nya. Kalau diorang pun dah setuju nak lantik orang tu biarkanlah mereka. Itu menunjukkan diorang tu tak mahu perubahan. Nobody has the guts to stand up, speak up, tell him he was wrong and challenge him and get him out of office! Bukan susah sangat. Habis sangat pun hilang jawatan dalam persatuan saje.

Yang saya lagi HAIRAN kenapa kerajaan masih nak menyokong persatuan dan pemain-pemainya yang tak ada vision ni. Nak perhabis duit kerajaan kat diorang buat apa. Tu duit RAKYAT diorang nak perhabis. So now show your guts, STOP funding these whiners please. Jangan dok nak highlight dalam media saja.

Kata saya...saya fikir saya tahu siapa yang mereka maksudkan. Diorang takut nak sebut nama pemimpin tu. Takut kena kutuk oleh orang ramai kut. Manalah tahu pemimpin tu masih ramai penyokong. Sebut ajelah nama tu...

2 comments:

Sya said...

Hah.. ingatkan dinosaur dah pupus rupanya masih ada saki baki.. patutlah ada yg membela ek?

jorazak said...

Diorang cuma berani cakap kat pemimpin sukan saje. Ada berani cakap macam tu pada pemimpin politik. Mau kena panggang hidup-hidup kalau berani, sebab ramai bebenor yang akan terasa dia dinosaur. Ataupun dia bagi hint kat pemimpin wanita yang sorang tu...