Saya terbaca dalam salah satu newspaper mengatakan iklan Petronas untuk hari raya adalah diciplak dari satu website friendster. Si Pengarah pula membalas mengatakan ianya dibuat berdasarkan cerita-cerita tauladan lama.
Saya tak mahu menyebelahi sesiapa tetapi cerita-cerita macam tu saya dah dapat melalui email sejak tahun 90'an lagi. Kalau kebetulan dah dimasukkan dalam web atau blog seseorang pun saya tak dapat pastikan adakah orang tu yang mula menulis cerita itu dalam web atau blognya.
Kalau ada yang mengaku itu cerita dia, hanya Allah SWT saja yang tahu. Si Pengarah dah mengaku dia ambil cerita dari tempat lain dan diolah semula. Si Blogger ni mati-mati mengaku dia punya cerita. I doubt it! Cuma saya tak boleh nak buktikan sebab email seumpama itu saya dah delete dari simpanan hard disk. Yang saya tahu, umur website friendster ni baru lagi kalau compare dari umur email yang saya dah terima.
Kata saya...kalau nak mengaku cerita awak tentukan awak ada bukti yang kukuh takut nanti orang tempelak awak dengan bukti yang lain yang mengatakan awak ciplak dari tempat lain pula.
2 comments:
en joe tiru template blog sayaaaaaa
ibubaru
Saya dah lama guna template nilah...Masa ibubaru ubah ke template coklat tu dulu...Kan masa saya suruh tengok blog bertajuk "Begitulah Adanya", blog ni dah macam ni...Nampak sangat dia dah lama tak jenguk sini.
Post a Comment