Thursday, April 24, 2008

Songkok Punya Cerita

Ini sebenarnya cerita lama. Tetapi oleh kerana sebab perkembangan politik terkini dah jadi cerita semula. Dari STAR online hari ini cerita fasal speaker DUN Selangor.

Kalau tak silap saya (maklumlah dah tua ni, zaman sekolah dulu) masa UTM nak memulakan tradisi memakai baju melayu hitam dan bersongkok dalam majlis konvokesyennya. Kecoh bantahan dibuat oleh bukan melayu berkenaan pakaian tersebut. Mereka berkeras nak pakai lounge suit hitam.

Kalau ikutkan masa itu nak buat sepasang baju melayu tak sampai RM100. Songkok pulak antara RM10-20. Kalau buat lounge suit antara RM300-400. Sanggup berhabis sebab nak glamor punya fasal. Kononnya bukan tradisi mereka. Yang peliknya tak nak pulak pakai pakaian tradisi mereka ambil diploma!

Berbalik kepada kes songkok ni, saya pelik kenapa ketua-ketua DAP sanggup tidak hadir ke majlis sebelum ini semata-mata kerana tidak mahu memakai songkok. Yang lain-lain pun hanya memakai lounge suit dengan songkok kerana dress code.

Yang saya tak setuju kenapa dalam majlis-majlis rasmi masih lagi tercatat dalam kad jemputan, Kod Pakaian: Baju Kebangsaan atau Lounge Suit. Kenapa tak disebutkan hanya Baju Kebangsaan. Dah tahu itu National Dress, kenalah ikut! Kan diorang ada elaun pakaian.

Kalau hari Khamis (macam hari ini) boleh dijadikan hari pakai baju batik kenapa tidak dijadikan hari Jumaat hari pakai baju kebangsaan atau hari pakai baju tradisi masing-masing. Hi, hi, hi. Apa kata pak dan ibu menteri yang berkaitan.

Kata saya...hari ni kena dera pakai baju batik untuk interview yang ditangguhkan. Doakan kejayaan saya. Kenapa diorang tak suruh saya pakai lounge suit di hari ulang tahun kelahiran saya ni? Wink, wink, wink.

2 comments:

Helena said...

Good luck for your interview.... eh birthday you ke today? Brapa tahun agaknya tu? hehe.....

jorazak said...

helena:
Baru habis interview. Terima kasih. Moga dipermudahkan segala urusan.
Berapa tahun? Hi, hi, hi. Dah cukup tua untuk dikategorikan golongan veteran.