Tuesday, September 29, 2009

Isk, Isk, Isk

Geleng kepala saya bila baca cerita ini. Cuma RM700? RM700 tu dapat kat siapa, ek? Kerajaan Malaysia, tentunya. Si mangsa dapat apa, ek? Mungkin boleh saman di mahkamah sivil agaknya. Itu pun kena keluar duit sendiri cari loyer.

Samalah macam cerita pemuda yang didapati bersalah kerana mencuri 2 biji telur ayam dari sebuah kedai runcit suatu ketika dulu. Beliau diberikan hukuman penjara 2 bulan. Juga suatu ketika dulu, seorang pemimpin politik telah dihukum penjara selama 3 tahun atas kesalahan pecah amanah wang syarikat. Khabarnya, wang yang digelapkan itu berjumlah berjuta ringgit.

Oklah untuk tujuan perbandingan kita ambil RM1 juta cukuplah. Berapa banyak telur ayam yang boleh dibeli dengan wang RM1 juta itu? 3 tahun bersamaan 36 bulan, dibahagi 2 bulan untuk setiap 2 biji telur ayam bersamaan 18 biji telur ayam.

Hi, hi, nanti kang ada yang bertelur dahi…

Kata saya…undang-undang dunia...

Monday, September 28, 2009

Ramadhan Revisited

Hari ni dah 9 Syawal. Dah 9 hari Ramadhan ditinggalkan. Apa yang dapat dikumpulkan sepanjang Ramadhan yang lalu? Dah semak semula senarai semak yang dibuat sebelum Ramadhan? Apa yang ok, apa yang ko? Atau langsung tiada senarai semak Ramadhan?

  1. Dah berapa kali pergi solat Isyak berjemaah selepas Ramadhan?
  2. Solat subuh berjemaah?
  3. Hi, hi, solat malam?
  4. Duh, solat Dhuha?
  5. Puasa sunat?
  6. Baca Quran?
  7. ...apa lagi, ek?

Kata saya..banyak maknanya AidilFitri...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri


Saya sekeluarga ingin mengucapkan...

Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir dan Batin
Semoga Semua Berbahagia di Hari Lebaran Ini

Kata saya...alamat dan nombor telefon masih tidak berubah...

Tuesday, September 15, 2009

Pencanggahan

Hari Sabtu lepas ada tazkirah ramadhan berkenaan amalan ramadhan dan sambutan hari raya. Juga dibangkitkan tentang adab ziarah kubur yang biasa dilakukan oleh umat Islam di Malaysia. Ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh ustaz U yang bercanggah dengan apa yang saya belajar melalui kuliah mingguan ustaz Z yang menggunakan kitab Mastika Hadith Rasulullah terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Berikut petikan dari kitab tersebut...

Adab Peraturan dan Cara Ziarah Kubur

Menurut huraian ulama, Rahimahullah, orang yang berziarah dituntut melakukan seperti berikut:

1. Hendaklah ia bersih dari hadas (sunat berwuduk).

2. Sebaik-baik sahaja sampai di tanah perkuburan, sunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur (dengan menyebut salah satu lafaz salam yang pernah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada sahabat-sahabatnya.

3. Setelah sampai dekat kubur kaum kerabat atausahabat kenalan, hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan mengadap muka si mati sambil memberi salam secara khusus kepadanya. Misalnya kalau simati ayah kita, maka lafaz salamnya ialah:
"Assalamua'laikum wahai ayahku"

Demikian seterusnya kepada kaum kerabat dan sahabat kenalan: beri salam dahulu disertakan denganpanggilan yang biasa kita berbahasa dengan mereka, semasa mereka hidup dahulu.

Dalam sebuah hadis diterangkan: apabila seseorang Islam lalu di hadapan kubur seorang Islam yang ia kenal di dunia dahulu (apalagi menziarahinya secara khusus) lalu is memberi salam kepadanya, maka si mati itu (yakni ruhnya) bukan sahaja membalas salamnya tetapi juga mengenalinya.

Bahkan si mati lebih-lebih lagi bergembira jika salam orang yang hidup itu disertakan dengan doa baginya - seperti yang diterangkan dalam hadis yang lain.

4. Selepas memberi salam, sunat membaca Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati.

5. Selepas membaca Quran hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk si mati semoga Allah S.W.T. mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya. Kerana doa yang didahului bacaan Quran, lebih diharap makbulnya.

-----------------------------------------

Saya tak berapa pasti yang mana satu nak ikut. Ustaz U cuma bercakap tanpa memberikan dalil-dalilnya. Mungkin masanya terhad dan tanpa membawa bahan rujukan. Ustaz Z membincangkan perkara tersebut berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W dan kitab-kitab lain.

Jadi buat masa ini saya akan ikut Ustaz Z. Semoga apa yang saya buat diterima Allah S.W.T.

Kata saya...Wallah Hua'lam...

Monday, September 14, 2009

Buktikan

Dengar cerita MFxM mengatakan pengundi I tidak menyampah pada beliau tapi menyampah pada BN.

Soalan saya: BN tu siapa?

Kalau benar pengundi I tidak menyampah pada beliau, cuba buktikan dengan keluar dari BN. Bawa parti beliau keluar dari BN dan buktikan parti beliau relevan untuk semua.

Saya kata: setelah sekian lama memegang tampuk parti, analisis perlu dibuat tentang halatuju parti tersebut.

Kata saya...bila dah lama duduk di atas yang dinampak cuma awan di atas dan "semut-semut" di bawah.

Saturday, September 12, 2009

Hitung

2 minggu sebelum Ramadhan ustaz A ada bercerita tentang Ramadhan. Dia kata ada hadis yang kita selalu cerita adalah merupakan hadith daif. Kemudian pada minggu berikutnya ustaz A menambah hadith yang satu lagi pun hadith daif.
Wallah hua'lam.
Hari ni dah 22 Ramadhan. Antara 10 hari terakhir Ramadhan. Tengah malam ni ada Qiamulail di surau. Di masjid dah mula malam jumaat tu lagi. Memasing mencari Lailatul Qadar...

Banyak yang boleh difikirkan tentang malam Lailatul Qadar. Antaranya:
  1. Adakah ianya berlaku di semua tempat?
  2. Bayangkan perbezaan waktu yang ada...
  3. Semua orang boleh jumpa sekira berjaga 10 malam terakhir?
  4. ...

Ada yang menghitung "hadiah" yang dia terima kerana mengerjakan solat terawikh. Sama macam cerita orang pergi haji 10 kali dan umrah berpuluh kali. Kerana solat di dua Masjidil Haram yang memberi ratusan ribu kali ganda dari solat di Malaysia, dia dah banyak "simpanan" pahala solat, tanya dia untuk mendapat buah fikiran ustaz B.

Boleh ke pahala masuk bank? Bank mana, ek?

Kata saya...buatlah ibadat setakat terdaya, seikhlas-ikhlasnya.

Thursday, September 10, 2009

Boikot

Saya menerima banyak e-mail berkaitan boikot barangan yang dikaitakan dengan Yahudi aka Israel. Kononnya syarikat yang mengeluarkan barangan telah membantu Israel dari segi kewangan. Bermakna jika kita membeli barangan itu bermakna kita telah membantu Israel dan kekejamannya ke atas rakyat Palestin.

Ada pendekatan dan saranan yang saya bersetuju dan ada pendekatan dan saranan yang saya tidak bersetuju…

Semasa di US dahulu untuk mencari makanan halal adalah satu kerja yang menyiksakan. Setiap makanan perlu disemak bahan-bahannya. Salah satu cara adalah menggunakan bahan atau makan yang dilabelkan “K” untuk makanan kosyer, yang dikeluarkan mengikut prosedur agama yahudi. Makanan kosyer ini tidak berasaskan babi. Jadi kalau kita makan produk kosyer, adakah bermakna kita menyokong rejim zionis? Dah tentu ada keuntungan dari syarikat itu akan disalurkan ke rejim tersebut.

Banyak produk yang kita guna seharian yang dikeluarkan oleh khasnya syarikat-syarikat luar negara yang secara tidak langsung berurusan dengan syarikat yang dikatakan begitu galak menyokong Israel. Adakah kita perlu juga memboikot produk tersebut?

Agak-agak selepas di-filter-kan kesemua produk yang kita guna seharian tinggal berapa yang “BERSIH” dari sangkut-paut dengan Israel?

Kata saya…buatlah apa yang difikir patut…

Tuesday, September 08, 2009

Iras

Masa saya sekolah dulu ada orang kata muka saya iras Allahyarham Hussein Onn. Masa tu Datuk Hussein Onn. Jadi pernah kawan-kawan saya panggil Datuk.

Masa saya bekerja ni ada orang kata saya ada iras-iras Hishamudin Hussein. Tapi tiada pula orang panggil saya dengan pangkat pingat dia. Hi, hi.

Yang saya tahu, saya tak mahu iras mereka dalam politik. Berdasarkan politik yang ada sekarang, tak perlu memperjudikan masa depan dalam areana ini. Hi, hi, kan judi tu haram. Lagi pun buang masa nak menegakkan kononnya kebenaran padahal orang semua tahu semuanya palsu dan kepura-puraan.

Kata saya...lambat lagi nak jadi datuk...

Monday, September 07, 2009

RM800?

Banyak cantik nak tetapkan gaji minimum pembantu rumah Indonesia sebanyak RM800.

Ada tak yang bertanya gaji minima pembantu kedai makan (orang Malaysia)? Kalau RM800, kita perlu buat perbandingan:

  1. Pembantu kedai makan orang Malaysia (PKMOM) dapat cuti 1 hari seminggu?
  2. PKMOM dapat makan free tak 24 jam?
  3. PKMOM dapat tinggal bilik free tak?
  4. PKMOM dapat relax-relax tengok TV tak bila majikan tak ada?
  5. PKMOM dapat tidor siang hari tak semasa majikan tak ada?
  6. Ada tak PKMOM dibawa majikan bersama-sama makan angin?
  7. ...

Kenapa PKMOM? Itu contoh terdekat yang saya boleh fikir buat masa ini.

Pada hemat saya RM600 adalah gaji maksima mereka, bukan gaji minima. Sebabnya hampir segalanya ditanggung majikan. Lainlah majikan yang abusive tu...

Masalahnya saya rasa pada ejen. Kalau dah tau maid tu beragama Islam kenapa dihantar pada yang bukan Islam? Ada maid yang lari dan dihantar balik kerana tak tahan kena makan makanan tak halal.

Kata saya...bila dah naik ke RM800, adalah yang nak ambil kesempatan mencilok duit mereka pulak...

Tuesday, September 01, 2009

Hadiah Hari Kemerdekaan Ke 52

Saya berharap kebanyakan rakyat Malaysia sudah terima hadiah hari kemerdekaan yang ke 52. Saya dah menerimanya, cuma belum membukanya lagi.

Bukan apa, minyak kereta penuh lagi. Lagi pun tak mau nak memaki hamun dan bergaduh sesama manusia lain hanya kerana 5 sen atau 25 sen seliter di bulan ramadhan ni. Silap-silap kemek kereta.

Apa dah jadi, tukar nama, naik harga...macam iklan...

Malaysia Boleh...naik harga.

Kata saya...terima kasih 1 Malaysia...