Tuesday, September 15, 2009

Pencanggahan

Hari Sabtu lepas ada tazkirah ramadhan berkenaan amalan ramadhan dan sambutan hari raya. Juga dibangkitkan tentang adab ziarah kubur yang biasa dilakukan oleh umat Islam di Malaysia. Ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh ustaz U yang bercanggah dengan apa yang saya belajar melalui kuliah mingguan ustaz Z yang menggunakan kitab Mastika Hadith Rasulullah terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Berikut petikan dari kitab tersebut...

Adab Peraturan dan Cara Ziarah Kubur

Menurut huraian ulama, Rahimahullah, orang yang berziarah dituntut melakukan seperti berikut:

1. Hendaklah ia bersih dari hadas (sunat berwuduk).

2. Sebaik-baik sahaja sampai di tanah perkuburan, sunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur (dengan menyebut salah satu lafaz salam yang pernah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada sahabat-sahabatnya.

3. Setelah sampai dekat kubur kaum kerabat atausahabat kenalan, hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan mengadap muka si mati sambil memberi salam secara khusus kepadanya. Misalnya kalau simati ayah kita, maka lafaz salamnya ialah:
"Assalamua'laikum wahai ayahku"

Demikian seterusnya kepada kaum kerabat dan sahabat kenalan: beri salam dahulu disertakan denganpanggilan yang biasa kita berbahasa dengan mereka, semasa mereka hidup dahulu.

Dalam sebuah hadis diterangkan: apabila seseorang Islam lalu di hadapan kubur seorang Islam yang ia kenal di dunia dahulu (apalagi menziarahinya secara khusus) lalu is memberi salam kepadanya, maka si mati itu (yakni ruhnya) bukan sahaja membalas salamnya tetapi juga mengenalinya.

Bahkan si mati lebih-lebih lagi bergembira jika salam orang yang hidup itu disertakan dengan doa baginya - seperti yang diterangkan dalam hadis yang lain.

4. Selepas memberi salam, sunat membaca Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati.

5. Selepas membaca Quran hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk si mati semoga Allah S.W.T. mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya. Kerana doa yang didahului bacaan Quran, lebih diharap makbulnya.

-----------------------------------------

Saya tak berapa pasti yang mana satu nak ikut. Ustaz U cuma bercakap tanpa memberikan dalil-dalilnya. Mungkin masanya terhad dan tanpa membawa bahan rujukan. Ustaz Z membincangkan perkara tersebut berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W dan kitab-kitab lain.

Jadi buat masa ini saya akan ikut Ustaz Z. Semoga apa yang saya buat diterima Allah S.W.T.

Kata saya...Wallah Hua'lam...

2 comments:

blogmaster said...

salam Jo,
munkin saya tersilap memahami dari barisan ayat-ayat tuan tu. sebab saya tak paham yang mana satu dari ustaz U dan yang mana satu dari ustaz Z. maaf kalau sudi nak kongsi la..

jorazak said...

hassan
1. Ustaz U yang bagi tazkirah ramadhan kat surau aku last saturday - ustaz muda IPTA. Ustaz Z yangi kuliah mingguan hari sabtu di masjid Al A'lami MITC. Ustaz Z guna kitab mastika hadith tu.