Geleng kepala saya bila baca cerita ini. Cuma RM700? RM700 tu dapat kat siapa, ek? Kerajaan Malaysia, tentunya. Si mangsa dapat apa, ek? Mungkin boleh saman di mahkamah sivil agaknya. Itu pun kena keluar duit sendiri cari loyer.
Samalah macam cerita pemuda yang didapati bersalah kerana mencuri 2 biji telur ayam dari sebuah kedai runcit suatu ketika dulu. Beliau diberikan hukuman penjara 2 bulan. Juga suatu ketika dulu, seorang pemimpin politik telah dihukum penjara selama 3 tahun atas kesalahan pecah amanah wang syarikat. Khabarnya, wang yang digelapkan itu berjumlah berjuta ringgit.
Oklah untuk tujuan perbandingan kita ambil RM1 juta cukuplah. Berapa banyak telur ayam yang boleh dibeli dengan wang RM1 juta itu? 3 tahun bersamaan 36 bulan, dibahagi 2 bulan untuk setiap 2 biji telur ayam bersamaan 18 biji telur ayam.
Hi, hi, nanti kang ada yang bertelur dahi…
Kata saya…undang-undang dunia...
2 comments:
Lama saya tak menjengah ke blog ni. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahri Batin.
sya
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir & Batin.
Hi, hi, saya pun sebenar tak mau nak buat entry semasa Ramadhan.
Itu sebab banyak gap between entries.
Terima kasih kerana masih sudi menjengok.
Post a Comment