Thursday, November 05, 2009

Bonus

Hari ini YB Pekan mengatakan tindakan Cuepacs memohon bonus adalah salah dari segi moral. Moral yang dikaitkan dengan ekonomi yang masih gawat. Tak tau lah betul ke tidak. Sekejap kata ekonomi terus berkembang, ekonomi di landasan yang betul, tapi akhirnya dikatakan ekonomi masih belum pulih. Betul lah kut, ekonomi masih belum pulih. Mark that point. Nanti kalau ada orang kata sebaliknya, suruh dia refer kat that statement!

Jadi betul lah ekonomi belum pulih. Jadi tak perlulah Cuepacs dok berkokok menjerit minta bonus dua bulan. Setengah bulan pun tak kan dapat. Dulu sebelum zaman Tun Mahathir tak ada cerita pun fasal bonus ni. Tapi sekarang setiap tahun penjawat awam dok menunggu sebutan bonus dalam pembentangan bajet setiap tahun. Kenkadang Tuan Presiden Cuepacs ni pun satu. Dia nak tunjuk dia punya kuasa, kononnya. Cakap dia seminggu sebelum bajet dibentangkan. Kalau dalam seminggu tu bajet dah pun finalized. Dah dibukukan pun. Tak perlu cakap berdegar-degar lagi!

Memandangkan telah dinyatakan ekonomi negara masih belum pulih dari kegawatan, saya masih lagi tertanya-tanya apa langkah kerajaan untuk memperbaiki keadaan. Tak nampak pula saya pelan rangsangan ekonomi dalam bajet kali ini. Tak ada pulak cadangan RM berbilion yang nak dilaburkan. Takut nanti jadi macam tahun lepas jugak...

Kalau kerajaan masih lagi tak berjaya memulihkan ekonomi bermakna KPI kerajaan tak tercapai...kalau 2 tahun berturut-turut KPI tak tercapai, apa tindakan patut dibuat pak menteri?

Kata saya...jangan ingatkan orang bawah saja tentang KPI. Diri sendiri punya KPI sendiri kena ingat!

10 comments:

blogmaster said...

Salam Jo,
dalam firasat aku PM ni sekarang sudah kena main dengan orang keliling dia. Ikut firasat aku banyak jerat diri dia dalam budget kali ni; AP, cukai credit card, inspection kereta lebih 15 tahun, bonus, ini semua sangat tidak popular.
'Emotional bank account" dia dengan rakyat masih nipis lagi ni dia tambahkan kenipisan pulak..

jorazak said...

hassan
1. it depends who is his finance ministry advisor. tak tau le, kenkadang aku rasa tukang present budget every year ni did not know what he's talking about...
2. tukang karut cuepacs tu pun satu hal. mcm tahun lepas, dia pun minta bonus (tak ingat pulak aku dia minta berapa bulan). bila kerajaan tak bagi sebab dah bagi kenaikan gaji, elok pulak dia sokong kerajaan. apara...

blogmaster said...

tukang karut Cuepacs tu mentaliti orang kurang berpelajran cam tu le walupun dia kerja di universiti...

jorazak said...

hassan
samalah mcm some of our state rep & member of par. tak kiralah yg bn ke atau yg pr, hi, hi, esp yg dah bertukar ke bebas tu (perak, selangor & kelantan).

sya said...

Alahai.. tukang karut Cuepacs tu masa ni le nak dpt masuk paper ada berita sikit.. cuba ler kuarkan suara kalau dpt tahun depan dipilih lagik.. kalau tak dpt janji lagik ngan penjawat awan suruh pilih dia.

Agaknya keja dia cuma mintak gaji lebih ngan bonus aje ek?

jorazak said...

sya
satu lagi part ptk. dia cuma tahu perjuangkan yg boleh senangkan dia aje.

aintsuperwoman said...

article semua hangat2. Nak link ye..:)

jorazak said...

aintsuperwoman
1. selamat datang
2. persilakan

atenah said...

jo, yr last 2 entry very-de-spot-on, syabbas inspektor sahab :)

jorazak said...

atenah
thank you.