Tuesday, November 17, 2009

Masjid & Surau

Banyak masjid dan surau di Malaysia telah saya solat di dalamnya. Kebanyakannya mempunyai satu tanda aras. Lepas solat Isyak, Imam, bilal dan siak tergesa-gesa menutup suis lampu dan kipas serta memulakan proses menutup tingkap dan mengunci pintu. Kenapa?

Satu ketika saya baru saja sampai dari Johor Bahru. Kebetulan jemaah baru saja habis solat Isyak dan bersalaman. Apabila saya selesai ambil wuduk, jemaah sudah mula meninggalkan masjid. Usai saya solat jamak Maghrib, separuh lampu di masjid dipadamkan. Sedang mengerjakan solat jamak Isyak hanya tinggal lampu berhampiran saya dinyalakan. Pintu masjid lain juga telah dikunci. Hanya tinggal pintu depan. Saya selesaikan solat tanpa berdoa dan terus keluar dari masjid itu.

Itu mungkin kes yang paling ekstrem, dan kejadian seumpamanya terjadi hampir kesemua masjid dan surau yang saya bersolat. Mungkin bezanya antara 10-15 minit masa tambahan. Lepas tu cepat-cepat nak ditutup. Kenapa yek?

Kata saya...apa sebenarnya fungsi masjid dan surau?

2 comments:

marifikir said...

Kes kecurian di masjid menjadi-jadi. Sebab tu masing2 kunci cepat-cepat sebab nak balik dan tak ada orang nak kuncikan.

jorazak said...

marifikir
masjid kat tempat saya, siap ada pengawal keselamatan lagi. bila dia nak mencuri dia tak kira bila dan di mana. masjid tu kena curi duit tabung masjid. dua tabung dia kopak. bulan ramadhan pulak tu...