Monday, November 09, 2009

Not My Week...

I
Itu hari pergi servis kereta Naza. Ada 3 problem. 1, Fuel lid tak boleh tutup. 2, Air-bag sign is on. 3, side mirror motor berbunyi tapi tak berfungsi. Bila cakap kat I****man tu dia cakap dia akan check. Saya tinggalkan kereta di pusat servis Naza di bandaraya Melaka. Pukul 11.45 dia telefon. Dia cakap spare-parts tak ada, kena order. Saya cakap saya akan ambil kereta. Bila saya nak ambil kereta, dia charge saya RM73.50. Semua problem dia tak solve. Saya mengamuk dan ungkit segala masalah dengan pusat servis itu sebelum ini. Antaranya, kereta saya dah ditinggal di situ selama 3 hari. Sepatutnya hari ke4 dah siap. Bila saya telefon, dia cakap spare part salah order. Dia cakap HQ hantar spare part Carnival. Antaranya lagi, saya perlu tukar something yg related to absorber belakang. Dia cakap nak call within one hour, masa tu pukul 11.00am. Sampai pukul 4.30 masih belum call. Bila saya call, dia cakap kereta belum siap. Mana dia punya courtesy call? Tak boleh call kata kereta belum siap. Antaranya lagi, dia cuba nak tipu service charges. Nasib baik telefon anak saudara yang kerja dengan Naza!
Jadi hari sabtu saya ke KL dan hantar kereta untuk servis di KL. Air-bag sign tu memang kena ganti, dah malfunction. Side mirror tu kalau nak ganti kena RM800. Jadi mekanik di situ suggest cabut wire aje. Fuel lid punya masalah saya selesaikan sendiri. Baca manual, tarik cable di belakang. That I****man boleh cakap kena ganti motor. MANGKUK!

Rumusan: Dah tak mau hantar service ke Naza Service Centre kat Jalan Tun Ali, Melaka. Saya juga nasihatkan siapa beli kereta Naza, JANGANlah hantar kat situ!

II
Pergi makan pizza kat Pizza Hut Wangsa Maju (111). Saya tunggu untuk dibawa ke meja. Dah 5 minit, tak ada waiter yang datang. Banyak meja kosong. Saya cakap kat anak-anak, kita pergi ke KFC kat sebelah ajelah. Dah keluar, masing-masing masih nak makan pizza. Jadi pusing balik. Tunggu semula kat depan tu. Lagi 5 minit baru yang jaga cashier datang. Pizza yang datang, amat mendukacitakan. Macam posting yang sya buat minggu lepas. Tastenya pun lebih kepada rasa gandum aje. Saucenya tak cukup, toppingnya amatlah sedikit. Dahlah tu, tunggu punya tunggu satu lagi item tak sampai, jadi pergi ke tempat cashier bertanya. Bila tengok receipt, item tu ada dalam bill tapi tak dibuat. Satu lagi item yang dah dimakan tak ada dalam bill.

Rumusan: Another food joint for me to avoid! Food bad, Service worst!

III
Nak balik dari makan tu hujan lebat. Ada satu kereta C****man ni boleh pulak tak guna wiper dia. Masa dia parking tu agaknya panas, jadi dia kepakkan wiper dia tu supaya tidak terkena cermin kereta. Dia boleh tak turun kereta perbaiki wiper tu! Dah tau macam tu saya jauhkan kereta dalam jarak satu kereta. Agaknya dia nak masuk kereta kat tepi, dia reverse kereta dia. Saya bunyikan hon tapi dia teruskan mengundurkan kereta dia. Apa lagi, kena bumper depan saya. Kemudian dia terus ke depan. Dia turun pergi tengok kereta dia. Kereta saya dia tak tengok. BAHLUL. Saya pergi parking kereta. Kemudian pergi sumpah seranah dia yang sedang menunggu depan Pizza Hut / KFC. Orang yang kat luar dan dalam restoran tengok drama swasta tu...

Rumusan: Hanya orang yang BAHLUL saje tak betulkan wiper dia sebelum gerakkan kereta dia dalam hujan lebat.

Kata saya...lepas tu terperangkap pula dalam banjir kilat kat UIA. Not my day...

4 comments:

aintsuperwoman said...

waaa...nampak masalah bertimpa2 tu. sudah jatuh ditimpa tangga, lepas tu dipijak pulak tangannya. nak uji kesabaran tuuu....

jorazak said...

aintsuperwoman
kalau le ini dugaan mengerjakan haji, dah habis pahala haji...

sya said...

Aduhai.. memang dah nak kena macam2 perkara terjadi dalam satu hari.. sabarjelah

jorazak said...

sya
most likely pizza I dpt tu just like in your photo. agaknya diorg guna base stuff crust dan letakkan cheese sikit supaya org order extra cheese. hampes. hari ahad ni nak belanja member kat melaka. hopefully tak jadi mcm tu lagi...