Thursday, November 26, 2009

Dilema Lagi

Besok adalah Hari Raya Aidil Adha. Besok adalah hari Jumaat. Bagi yang lelaki menjadi satu dilema nak gi masjid 2 kali. Sekali untuk solat hari raya dan sekali lagi untuk solat Jumaat. Ada setengah kaul berpegang kepada kalau dah solat hari raya tak perlu solat Jumaat.

Setakat ini saya masih berupaya untuk bersolat kedua-duanya apabila terjadinya kebetulan ini. Saya tak mahu memihak kepada mana-mana kaul tetapi berpegang kepada solat hari raya adalah sunat mua'kad dan boleh dibuat bersendirian di rumah manakala solat Jumaat adalah wajib bagi yang lelaki dilakukan di masjid.

Kata saya...kalau nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

3 comments:

JahRera said...

salam jorazak,

Otto saya boleh buat sekali sahaja esok. Kalau solat raya dia tak boleh buat solat jumaat dan sebaliknya.
Memandangkan solat jumaat itu wajib utk kaum lelaki, dia memilih solat jumaat. Sudah tiada pilihan lagi, lainlah kalau boleh buat kedua2nya.

selamat menyambut hari raya korban.

jorazak said...

kak lela
dr pemahaman saya, melalui kuliah agama dan pembacaan saya, solat raya boleh dibuat secara sendirian. selepas terbit matahari bolehlah didirikan solat raya. wallah hua'lam.

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat kak lela sekeluarga.

JahRera said...

ye, bagi kaum perempuan pun juga begitu. kita buat di rumah saja kalau masa tidak mengizinkan ke masjid.

salam lagi.