Monday, March 12, 2007

Tanya Linda

Cerita Linda Onn dan Karpet Merah Anugerah Academy yang penuh kontroversi. Mingguan Malaysia 11 March dalam Pancaindera mukasurat 16 mengkesahkan hal itu. Tapi saya tak mahu mengomen cerita itu tetapi salah satu kenyataan akhbar Linda yang ditulis oleh MM.

"Then you are not going to be on TV - pack your things" telah diterjemah (Kalau tak mahu muncul di TV, kemaskan barang-barang awak). Sepatutnya saya rasa terjemahannya adalah (Oleh itu, awak tak akan ke udara di TV - kemaskan barang-barang awak).

Kata saya...Inilah macam sarikata wayang yang selalu saya lihat di pawagam. Dalam wayang aktor mejerit "Fire, fire". Sarikatanya "Api, api". Padahal aktor tu suruh "Tembak, tembak".

1 comment:

zairul said...

Ada satu lagi... "How do we catch colds?" die pegi translate "Bagaimana kita tangkap sejuk?" budus apa lol