Wednesday, November 28, 2007

Kena Kacau

Semalam pergi PD kerana beri taklimat induksi kat staf UTeM. Memandangkan waktu dah agak lewat, dah pukul 11 malam, saya bermalam di bilik yang disediakan. Masuk aje bilik di tingkat 4 terus meremang bulu tengkuk. Saya sembahyang Isyak dan sambung preparation untuk presentation persidangan hari ini. Saya tidur lebih kurang pukul 12.

Saya terjaga beberapa kali malam tadi. Saya tak syak apa-apa. Bangun pagi pukul 6.00. Sembahyang subuh. Lepas sembahyang subuh saya check sms kat telefon saya. Talian Celcom tak ada message. Talian Hotlink ada message ni.

"Kalau umur saya panjang saya akan terjun bangunan. Saya sayang pada awak..."

Lebih kurang macam tulah message tu, ada salah ejaan sikit. Saya dah delete message tu dari telefon. Saya tak kuasa nak telefon nombor tu sebab saya pernah terima message dan call dari orang pelik-pelik macam cerita saya yang lalu. Lepas delete message tu saya packed barang saya dan terus keluar dari bilik tu.

Kata saya...betul ke saya kena kacau atau message tu secara kebetulan saja. Saya sememangnya gayat pada ketinggian sikit.

4 comments:

WaNNi said...
This comment has been removed by the author.
WaNNi said...

kuikuikui..ada orang nak ngorat kot. harap en joe call balik. tak check dalam paper ada orang jatuh bangunan?

Helena said...

ish... risau jugak kan kot2 call tu genuine.... and dari org yg kita kenal....

jorazak said...

Ibu baru
Dah banyak kali dapat prank call ni. Entah dr sapa2. Rasanya "ada" yang nak menyakat tu. Tak pernah rasa seram cam tu.

Helena
Most likely the msg was not from anyone I knew. Kalau msg tu genuine, must be for someone else. Yg pelik the sentence doesn't makes sense. Berlawanan maksudnya.