Thursday, October 16, 2008

Raja Buli Parkir


Tempat: Parkir bawah Pusanika UKM
Masa: 12.30 - 12.50 pm
Tarikh: 16.10.2008


Apa punya haprak mamat ni! Ingat jalan tu bapak dia punya parkir. Cuba lihat berapa banyak kenderaan yang dia halang dari keluar dari jalan tersebut. Nasib baik kawan saya (cubalah cari dalam gambar tu) kenal si haprak ni. Dipanggilnya si haprak ni untuk alihkan kereta. Si haprak ni cakap "1 minit". Tunggu 10 minit pun tak datang. Kena panggil lagi, masih cakap "1 minit". Tunggu, 5 minit baru datang! Hampes 100X!

Cuba bayangkan kalau ada kes kecemasan. Ada yang perlu keluar dan tak tahu siapa si haprak ni. Entah bila si haprak ni nak parkir kereta dia betul-betul, untuk orang lain boleh keluar. Buatnya dia cuma nak balik pukul 6 petang, tak kan semua orang nak tunggu dia. Memang hampes!

Kata saya...lain kali kita pakat buat sampah kat dalam kereta dia. Atau mungkin siapa-siapa yang rajin hantar gambar ni kat STAR, silap-silap dapat RM50.00.

5 comments:

Ibu Baru said...

bukan lagi mangkuk hayun tapi dah mangkuk tingkat. eeeee tgk pun dah geram. nasib dia la org yg dihalang tu baik, kalo dpt yg hangin satu badan (mcm saya) dah lama lukis peta malaysua kat pintu kereta dia.

jorazak said...

ibu baru
sebenarnya kawan saya tu yang kereta kena blok. saya hanya nak menumpang dia pergi ambil kereta saya. kebetulan masa tu dah dekat lunch hour. imagine apa akan jadi kalau orang nak keluar pergi lunch. tak taulah bila sebenarnya sihaprak tu nak alihkan kereta dia. sihaprak tu anak toke kedai kat pusanika tu. memang hampes!

jorazak said...

Update
Tengok dalam the STAR 20.10.2008, cerita dalam gambar candid. Kesian mamat tu, langsung tak boleh nak bergerak kereta dia. Lagi hampes 1,000,000X. Hi, hi, gambar tu menang RM50.00

Helena said...

I HATE orang yg tak considerate camni. Haprak tahap gaban! hehe.....

jorazak said...

helena
nak buat macamana, diorg ingat diorg aje nak cepat, nak senang, nak segalanya. org lain peduli apa. lain kali patutnya buat le mcm parking kat flat, jgn angkat h-brake. bolehlah org tolak kereta tu.