Tuesday, February 03, 2009

Bolasepak & Politik

Mereka yang sukakan bolasepak dah tentu tahu bagaimana prestasi bolasepak Malaysia sekarang. Terbaru tewas 0-5. Sampai jurulatih (sekarang bekas) mengatakan liga bolasepak Malaysia bukan bolasepak. Kalau lihat aksi liga Malaysia dan bandingkan dengan liga Jepun atau Korea atau liga Arab (yang selalu ditunjukkan dalam saluran AlJazeera) jauh bezanya standard di Malaysia. Mungkin tidak keterlaluan untuk dikatakan macam bandingkan liga sekolah dengan liga negeri.

Tengok pula politik terkini di Malaysia. Lompat sana lompat sini. Terbaru 2 ADUN Perak dikatakan hilang. Kita lihat waktu yang terdekat samada 2 orang ni melompat ke BN atau tidak. Atau mungkin jadi bebas kemudian masuk UMNO. Kata Pak Lah tempoh hari, orang yang melompat parti orang yang tiada semangat juang. Agaknya UMNO nak terima tak orang macam ini.

Kata saya...hi, hi, kedua-duanya melucukan!!!

5 comments:

Ibu Baru said...

wah lamanya x update. gi mana2 ke.

jorazak said...

ibu baru
saja mim-alif-lam-sin. balik pahang, gi kl. usb broadband sentiasa bersama. jengok semua blog mcm biasa tapi mim-alif-lam-sin nak tinggal komen.
hi, hi, tinggal 4 bulan 25 hari. kena tinggalkan penyakit mim-alif-lam-sin ni.

blogmaster said...

Jo,
aku rasa ini semua berpunca dari kepimpinan dalam badan induk bolasepak tu.

what say you?

Hassan

blogmaster said...

Nak tanya sikit..
apa maksud "tinggal 4 bulan 25 hari" tu...

Hassan

jorazak said...

hassan
1. bola: aku dah tak percaya lagi bola malaysia ni. the whole thing rotten to the core, dari atas sampai ke bawah. dari pucuk pimpinan sampai ke pemain. sebab tu aku dah lama tak pi stadium tengok bola.
2. politik: nampak sangat ahli politik sekarang tak ada tokoh dan tak ada maruah. asal ada wang semua boleh jadi. dah tak ada ke ahli politik macam Tan Sri Lee Lam Thye?
3. 4 bulan 25 hari: cuti belajar aku dah nak habis. cuba nak submit sebelum tamat tempoh.