Tuesday, February 10, 2009

Derhaka

Sekarang kecoh fasal derhaka. Kes Sultan Perak. Saya tak menyelebahi mana-mana pihak. Saya ada sebab tersendiri.

Kalau dikupas dalam ertikata kesultanan melayu, kita tak boleh lari dari Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Tuah diglorifikasikan sebagai hero melayu dan Hang Jebat sebagai penderhaka. Sultan Mahmud, tak tahulah saya nak kategorikan dia. Samada dia pemerintah dan pemimpin yang bagus atau tidak. Dari fahaman saya, dia adalah sultan yang tak boleh dengar ada wanita cantik. Dalam sastera melayu moden kini peranan Hang Tuah dan Hang Jebat dikaji semula. Ada pendapat mengatakan Hang Tuah adalah panglima yang timid. Terlalu setia pada sultan membuta tuli. Hang Jebat pula digahkan sebagai pahlawan yang sebenar kerana mengikut prinsip,”Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”.

Cuma melayu mudah lupa. Siapa yang ingat, hero manakah yang menyebabkan krisis raja-raja melayu di akhir tahun 80an dulu? Siapa yang ingat, siapa hero dalam penentangan perlantikan menteri-menteri besar Terenganu dan Perlis baru-baru ini? Siapa yang ingat, siapa yang menyamakan sultan dengan binatang dalam satu kain rentang? Melayu memang cepat lupa. Sampai ada yang memberi komen jangan menderhaka pada sultan padahal semasa pemerintahannya dia yang memulakan semuanya itu, maklumlah orang lain tak berani nak bersuara masa tu.

Saya tak menyebelahi mana-mana pihak kerana dari hemat saya parti politik melayu ni bersungguh mengatakan “Daulat Tuanku” apabila sultan menyebelahi mereka. Kalau tak, entah apa-apa dikatakan mereka. Cuma yang saya belum dengar adalah suara-suara bukan melayu. Agaknya mungkin mereka gelakkan saja pertelingkahan orang melayu ini. Sesungguhnya, melayu terlalu cepat lupa…

Kata saya… tak heranlah sekarang Stadium Hang Jebat lebih besar dan lebih moden dari Stadium Hang Tuah, hi, hi.

6 comments:

blogmaster said...

Salam,
kemelut pinggirkan sekejab, mari berlapang dada.

sekarang 27+ 1,
dulu 17 DAP + 11

Tak nak kata pa la, dulu dalam 17 + 11 ada yang dapat hak milik 999 tahun.

Sekarang dalam 27+1+0 yang "0" dah dapat satu lagi 'Batu Cave", (rujuk pengumuman MB baru semasa perayaan Thaipusam di Ipoh) takkan kita tak boleh berlapang dada dapatkan sesuatu dari 27.

Alangkah elok membuat pendekatan bersahabat dari 'biar mati anak jangan mati parti".

Juga tidak memihak kepada sesiapa tapi marilah berlapang dada.

Hassan

Sya said...

Tak habis lagik pasal Perak.. :D.. anyway stadium hang jebat tu dekat nau ngan rumah bapak sya

jorazak said...

hassan
1. aku tak boleh nak berlapang dada bila politik dah jadi haru biru. aku rasa dah nak sampai tahap siam kut. nasib baik malaysia susah sikit nak dapat senjata api. kalau senang macam entah apa jadi agaknya.
2. bab 17+11 dan 27+1, 2 X 5 aje. yang former tu, 11 kena give away to satisfy the 17. yang aku takut the later tu, whether 27 will be fair to everyone. hopefully, the 27 will seriously take their humiliating defeat at PRU12 as a lesson to serve the people better this time around. if they failed to do so, aku rasa letak ****** pun PR akan menang in PRU13.


sya
1. sebenarnya the entry nak highlightkan kisah derhaka pada sultan aje. kaitkan dengan kisah semasa.
2. baru 3 kali tengok bola kat SHJ. itu pun masa dia mula-mula bukak dulu. sekarang dah tak kuasa nan nengok diorg main bola. selalu lalu ikut highway tu ke rumah abang di bertam ulu.

jorazak said...

hassan
terbaca hang punya komen dlm entry cita-cita.
1. aku bermukim kat sini, biasanya hari isnin sampai jumaat.
2. minggu ni kena siapkan experimental setup aku. petang tadi dah test, kurang lagi powernya. esok kena modify lagi sehingga jadi.
3. insya Allah minggu depan aku sibuk nak siapkan serba serbi untuk ke MTE 2009 @ PWTC 19-21 Feb.
4. minggu berikutnya tak taulah lagi rancangan...
5. tengok entry 30 september untuk phone no. aku.
6. hi, hi, hang dah baca entry "House of Kapitans"? Aku tak sure hang punya biodata tu betul ke tidak.

blogmaster said...
This comment has been removed by the author.
blogmaster said...

Salam Jo,
1. maksudnya bermukim kat melaka la?

2. aku dah baca lama House of Kapitans tu. Raso-raso den la
yang seingat aku, aku tak pernah jadi kapten sepaktakraw walaupun aku kira aku ni 'hebat' pada masa itu.
Cikgu Mustapha tak suka kat aku, dia lantik "Ringo" jadi kapten walaupun Ringo juga adalah kapten bolatampar..

Walaupun cam tu, memang pandangan hang tu ada kebenaran, I was the chairman of photographic club, salleh was the chairman of cinema club, you were our 5th former union president etc....