Thursday, February 26, 2009

Naik Lagi

Tol PLUS dikatakan akan naik lagi bermula 1 Mac 2009. Oh! Sungguh bagus tindakan kerajaan kesayanganku!

Kadar tol baru RM0.1428/km
Tol Ayer Keroh Bangi = RM14.60 (102.4 km) dulu RM13.90
Tol Ayer Keroh Alor Setar Utara = RM78.00 (546 km) dulu RM75.10
Tol Ayer Keroh Tangkak = RM3.95 (27.6 km) dulu RM3.80

Kata saya... uuuuuuuuuuwwweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkk!

6 comments:

Leyla Shuri said...

salam jo,

kenapa kerajaan msia tidak simpati dgn nasib rakyat?

di jepun, sejak minyak naik dulu, kerajaan jepun jatuhkan bayaran tol. Sekarang mana2 pergi tak kira kejauhan, bayar satu harga saja. Jadi berjalan jauh sungguh berbaloi.
Tapi setiap pengguna jalan raya kena beli alat yang mempunyai sensor bayaran.
Saya rasa pelik sangat kelakuan orang2 yang mengeluarkan perintah di sana.
Maaf ye, bukan saya mengeji tapi simpati.

WaNNi said...

lepas PRU mesti segala2 naik.masa kempen kata tak naik.gaji naik sikit, benda2 lain naik mencanak2.bila rega minyak turun tak la heboh2 soh turunkan rega barang.

jorazak said...

kak lela & ibu baru

1. kerajaan di sini memang pelik. dia cakap oleh kerana penangguhan kenaikan tol dari tahun 2008 kerajaan terpaksa bayar kompaun kat syarikat konsesi. yang tidak dibuat adalah financial statement syarikat konsesi berkenaan pungutan tol mereka. sehingga sekarang rakyat tak tahu samada kompaun dan kenaikan tol itu betul-betul diperlukan atau tidak. yang tahu kerajaan dan syarikat sahaja. memang mangkuk! hi, hi, pak lah veto untuk tangguh indefinitely keniakan tol. mungkin hingga habis semua pilihanraya kecil agaknya. hi, hi.

2. hari itu ada orang cakap harta GLC susut RM12 Bilion. sikit aje katanya. dia cakap on paper saja. harta tu tak ke mana. hi, hi, bila untung tak ada pula kata on-paper. stimulus package hanya RM7 Bilion. hi, hi, entah ke mana perginya. katanya dah digunakan. dah digunakan untuk apa saya tak tahu.

3. hi, hi. begitulah aktiviti harian kerajaan kesayanganku. hampes...

4. hi, hi. sebenarnya ini modal saya untuk entry hari jumaat ini. tak apalah lain kali cerita lagi.

jorazak said...

kak lela & ibu baru

1. lupa pulak nak cerita fasal minyak. khabarnya minyak dah turun kurang dari USD40 setong. sehingga sekarang YB MRP tak ada beri sebarang indication untuk harga turun. dulu cakap nak review 2 minggu sekali, sebulan sekali. ni, dah berapa lama tak review. hi, hi, kerajaan seronok agaknya sebab dengar cerita rakyat yg bagi subsidi kat kerajaan sekarang. dah terbalik. eloklah tu...

2. dulu cakap masa nak kurangkan subsidi minyak nak improve-kan pengangkutan awam. ada improve ke? ada kurang harga tiket ke? improve tadak, nak naik harga tiket ada le. eloklah tu...

3. hi, hi, kalau pembangkang tak dapat buat dalam masa setahun, ahli politik satu parti punyalah hiruk pikok, tapi bila kerajaan tak tunai janji dah berapa lama, diam aje, ek. eloklah tu...

4. begitu misi dan visi kerajaan kesyanganku...

Asmara said...

Aiyakk.. Nasib la dah tak guna highway plus lagi. kalo tak saya le salah sorang yg mengayakan plus tuh. Dunia2...

jorazak said...

asmara
tak apa, for now pak lah jadi saviour. lepas pemilihan umno tak taulah apa jadi. apa pun saya akan terus menggunakan plus dengan setianya sehinggalah akhir jun nanti. nak buat camana. salam kat kerry, ek.