Thursday, February 05, 2009

Cita-Cita

Drama swasta di bawah tidak ada kena mengena dengan yang sedang hidup atau pun yang sudah mati...

+ mamat, apa cita-cita awak apabila dewasa nanti?

- cikgu, saya nak jadi wakil rakyat.

+ kenapa mamat?

- sebab wakil rakyat boleh melompat-lompat.

+ macam katak ya mamat?

- ya cikgu, lebih-lebih lagi katak binatang dwialam.

+ apa kena mengena dengan melompat mamat.

- cikgu, katak melompat kat atas darat dia dapat makan, melompat kat dalam air pun dia dapat makan.

kata saya...lompat sikatak lompat, lompatlah tinggi-tinggi, sumbatlah sikatak sumbat, janji perut penuh berisi.

7 comments:

sya said...

Lompat jangan tak lompat.. tersilap lompat jatuh dlm perigi buta penuh berduri... Nasib lah

jorazak said...

sya
lompat sambil kena tutup mata. ikut ajelah orang bawa ke mana pun.

blogmaster said...

Jo,
depa kata yang lompat dua kali tu, dari BN ke PKR lopmat balik ke BN tu pernah buat form six kat lorong harimau tu......
depa kata katak duduk kat "Kolam Air" rupenya ada juga spesies katak dari "lorong harimau"

keh..keh..keh

Hassan

jorazak said...

hassan
1. memang sah kawan tu seangkatan dengan anuar musa, idris jusoh, shabery cheek. cuma yg aku tak tahu dia satu spesis dengan ibrahim ali.
2. engko bior bebenor. yg aku tahu k_t_k kat seremban aje.

Ibu Baru said...

en jo ni x abis ngn lompat. en jo dh nak abis cb ke? nnt lapor diri dulu ke viva dulu? tahniah2. pasni leh panggil dr. jo.

jorazak said...

ibu baru
1. kan cerita melompat tengah panas sekarang. sedih dengan politik malaysia. mcm bebudak.
2. kan saya kata ada lagi 4 bulan dan ...berapa hari ek, kalau hari ni lagi 23 hari + 3 hari. hih, tesis belum siap berangan nak viva. cuba nak submit ke supervisor by may. kalau tak ada apa aral melintang ke PPS by june. insya Allah, balik dulu tunggu viva. kita hanya boleh merancang...

blogmaster said...

Jo,
'ke PPS by june" ?.....

hang bermusafir atau berkampung, register kat ukm bangi tu? aku pung buat kat situ dan semester ni dah masuk 6 semester buat master yang entah bila "tak kunjung padam" ni lagi... bila hang ada kat situ hint kat blog ni boleh kita pekena ikan bakar kat UNIKEB tu ke....

hassan