Huh, tersangatlah letih! Dari minggu lepas semua kerja tersangatlah meletihkan. Hari Isnin minggu lepas pagi-pagi lagi dah ke Bangi. Macam-macam kerja perlu disiapkan sebelum ke MTE2009. Powerpoint, pamphlet, meeting, finalise pamphlet. Petang Rabu sebelum ke PWTC, angkat barang dalam lori, ambil gambar tasik Sri Kembangan.
Sampai di PWTC nak kemas barang, booth pulak belum siap! Angin betul! Dah pukul 7 baru siap. Organizer pulak sibuk nak halau kami sebab diorang nak tutup dewan. Kemudian Prof ajak pergi makan nasi lemak kat Kampung Baru. Balik hotel kena siapkan powerpoint. Nasib baik dapat siapkan sebelum pukul 12.30am. Terus tidur!
Hari Khamis dan Jumaat sama aje. Jaga booth. Letih nak menerangkan kat pelawat-pelawat. Kaki naik lenguh. Nasib baik Prof yang terangkan semasa hakim datang. Hari Sabtu, on-kan aje model dan tengok dari jauh. Dah tak larat lagi...Pukul 4 dah siap kemas barang, pukul 5 angkat barang ke dalam lori. Sampai UKM 6.30pm, angkat barang lagi. Lepas maghrib baru bertolak ke Melaka, sampai pukul 9.15pm.
Hari ahad, makan tidur, makan tidur.
Hari ni, pukul 9.00am pergi ambil sprocket gear yang ditempah. 10.45am bertolak ke Bangi. Tiba 12.15pm di hostel. Tidur satu round. Lepas zohor berendam di kolam kejuruteraan sampai pukul 6.15pm. Gagal dapat hasil yang diharapkan. Kena cuba lagi esok.
Uhhhh! Ingat mau ambil cuti untuk lepak-lepak. Mana boleh! Masa tak mengizinkan. Deadline dah tak lama lagi. Kena mula menulis secara serious.
Kata saya...badan pun dah lain macam...boleh ke bertahan untuk siapkan kerja-kerja ni?
5 comments:
en jooooo..lamanya x update. dh agak mesti bz. nak request citer lina joy yg en joe pernah janjikan dulu pun serba salah (tgh request la tu). semoga dpt bertahan utk siapkan phd lg sket lg tuh. aza aza fighting!
salam jr,
orang dulu2 bila penat ada Tonik Cap Gajah.
ibu baru
hah, cerita lina joy? cerita yg mana satu ni? dalam entry mana, ek? saya tak ingat, tolong ingatkan.
tahan tak tahan, kena tahan juga. insya Allah didoakan kerja esok akan lebih berjaya.
kak lela
wa'alaikum salam.
dah lama tak jumpa tonik cap gajah tu. dulu ayah selalu minum. sekarang ni bukan aje penat badan, otak pun penat sama. bila otak penat, semuanya buntu. sleeping is my only option!
Salam Jo,
penat berbaloi tak? dapat award tak yr entry kat MTE tu. Den ingek nak poi, tapi khamis jumaat sabtu tu alahai, Khamis boss dah pergi MTE (dia jadi judge) tempat kerja tak ada orang,
melepas jugak nak tengok hang punya exibit tu..
Hassan
hassan
lebih baik engko pergi tengok the REAL exhibit kat kolam fakulti kejuruteraan. nampak dari jalan, tak jauh pun dari office engko. kalu engko tengok ada orang terbongkok-bongkok kat kolam, most likely akulah tu.
berbaloi? dapatlah ukm tambah medal sebiji...exhibit aku dah nyaris tak masuk sebab ada org di SERI tertinggal borang aku.
Post a Comment