Wednesday, July 08, 2009

Solat Jumaat

Wahai orang-orang beriman! Apabila diseru untuk solat Jumaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah segala urusan jual-beli. Itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.
Al-Jumu'ah 62:9

Itulah yang dibacakan oleh khatib di awal khutbah minggu lepas di masjid MITC. Khutbah sebenarnya bertajuk Makanan Halal. Kenapa dibacakan di awal khutbah? Sila renungi situasi ini...

Terdapat kawasan Rawat dan Rehat di perkarangan masjid MITC. Pada hari Jumaat biasanya ramai orang makan minum di gerai-gerai makan di situ. Yang tidak enak dilihat adalah semasa khatib telah pun membaca khutbah, masih ramai lagi mukmin yang sedang berlenggang-kangkung berenakkan makan minum dan berborak tanpa menghiraukan sesi solat Jumaat (khutbah dah bermula) telah bermula. Saya tak pasti samada mereka masih di gerai semasa solat dimulakan atau tidak.

Yang saya pasti hari Jumaat lepas, semasa saya keluar masjid dua jejaka muslim sedang enak makan di gerai. Makanan dan minuman dah habis separuh. Kalau dikira antara masa habis solat dan masa saya keluar masjid tak sampai 10 minit. Kita sangka baiklah. Mereka keluar lepas habis solat, bergegas ke gerai, order makanan dan minuman, tauke gerai buat secepat mungkin. mereka makan dengan lahapnya sehingga habis separuh makanan dan minuman. Lu fikirlah sendiri.

Kata saya...tak hormat langsung masjid!

2 comments:

Sya said...

Rasanya skrg ramai sgt mukmin tak gi solat Jumaat, and dia orang cam biasa2 aje tak rasa bersalah, kalau ditanya mereka jawab minggu lepas dah buat ..kan ada 3 jumaat? Ade sorang budak kat opis ni kalau nak date ngan mamat chatting mesti pegi hari Jumaat.. dia memanglah tak Jumaat yg mamat tu pulak???

Dunia dah akhir zaman

jorazak said...

sya
yang saya tak boleh terima, makan kat situ boleh, solat tak boleh. berapa langkah aje dari masjid. hi, hi, paling jauh pun 100 langkah agaknya.