Wednesday, July 01, 2009

Ke Mana Kita?

Semenjak PRU12 suasana politik di negara kita kini menjadi seolah-olah memuaskan hati sesetengah pihak. Semua tindakbalas yang dibuat hasil tindakan dan tekanan sesetengah pihak.

Mungkin baik untuk perancangan jangka pendek tetapi agak meragukan untuk masa depan.

Ambil contoh, apabila krisis ekonomi yang dihadapi pada akhir tahun 90an, penghantaran pelajar bumiputera ke luar negara telah dikurangkan secara drastik. Saya tak pasti samada pihak kerajaan ada membuat perangkaan tentang akibat dari musibah ini, selepas lebih 10 tahun.

Kini pelbagai polisi dibuat bagi meyakinkan orang ramai tentang "ketelusan" dan "keikhlasan" pihak kerajaan, samada persekutuan dan negeri. Tak kiralah samada polisi tu dari BN atau PR. Tak taulah samada polisi yang dibuat hanya untuk meraih undi di PRU13 nanti.

Apa pun kita hanya akan lihat hasilnya selepas 10 tahun nanti.

Kata saya...kalau umur panjang bolehlah saya komen tentang entri ini. Itu pun kalau blogging masih lagi wujud.

2 comments:

Sya said...

Agak-agak 10 tahun lagik sya dah 55.. dah pencen kalau masih ada umur. Agak-agak blog masih ujud tak?

jorazak said...

sya
1. kalau ikut the trend, mungkin masih ada tapi dah tak popular. mungkin akan ada benda it yang lain pulak. 10 years ago, laman web tumbuh macam cendawan, macam blog sekarang ni.
2. 10 tahun adalah masa yang panjang. macam2 boleh jadi...