2 minggu sebelum Ramadhan ustaz A ada bercerita tentang Ramadhan. Dia kata ada hadis yang kita selalu cerita adalah merupakan hadith daif. Kemudian pada minggu berikutnya ustaz A menambah hadith yang satu lagi pun hadith daif.
Wallah hua'lam.
Banyak yang boleh difikirkan tentang malam Lailatul Qadar. Antaranya:
- Adakah ianya berlaku di semua tempat?
- Bayangkan perbezaan waktu yang ada...
- Semua orang boleh jumpa sekira berjaga 10 malam terakhir?
- ...
Ada yang menghitung "hadiah" yang dia terima kerana mengerjakan solat terawikh. Sama macam cerita orang pergi haji 10 kali dan umrah berpuluh kali. Kerana solat di dua Masjidil Haram yang memberi ratusan ribu kali ganda dari solat di Malaysia, dia dah banyak "simpanan" pahala solat, tanya dia untuk mendapat buah fikiran ustaz B.
Boleh ke pahala masuk bank? Bank mana, ek?
Kata saya...buatlah ibadat setakat terdaya, seikhlas-ikhlasnya.
4 comments:
Teringat cerita bapak.. dia dah haji, tak nak pegi umrah lagik, buat apa nak pegi berkali baik dermakan duit yg dpt pergi tu pd mereka yg tak de kemampuan utk menunaikan haji...
saya suka dengar komen yang macam sya kata. tetapi kalau orang tu memang suka berjalan, daripada dia pergi makan angin kat Puket, Bali, medan atau Hong Kong kan lebih baik pergi umrah dan ziarah, dapat jugak kiraan ibadat disamping dapat makan angin. Wallauaklam..
sya
dua-dua pendapat saya setuju. dua-dua pendapat ada kelebihan, tiada kekurangan.
hassan
ada ceo syarikat swasta yg aku jumpa di mekah, tiap-tiap tahun buat haji. 1st time dgn tabung haji, lepas tu dia urus haji sendiri. dia kata setiap tahun dia ambil cuti lebih kurang 3 minggu. setelah puas bercuti entah ke tempat mana, dia kata dia lebih tenang "bercuti" haji setiap tahun.
Post a Comment