Monday, September 07, 2009

RM800?

Banyak cantik nak tetapkan gaji minimum pembantu rumah Indonesia sebanyak RM800.

Ada tak yang bertanya gaji minima pembantu kedai makan (orang Malaysia)? Kalau RM800, kita perlu buat perbandingan:

  1. Pembantu kedai makan orang Malaysia (PKMOM) dapat cuti 1 hari seminggu?
  2. PKMOM dapat makan free tak 24 jam?
  3. PKMOM dapat tinggal bilik free tak?
  4. PKMOM dapat relax-relax tengok TV tak bila majikan tak ada?
  5. PKMOM dapat tidor siang hari tak semasa majikan tak ada?
  6. Ada tak PKMOM dibawa majikan bersama-sama makan angin?
  7. ...

Kenapa PKMOM? Itu contoh terdekat yang saya boleh fikir buat masa ini.

Pada hemat saya RM600 adalah gaji maksima mereka, bukan gaji minima. Sebabnya hampir segalanya ditanggung majikan. Lainlah majikan yang abusive tu...

Masalahnya saya rasa pada ejen. Kalau dah tau maid tu beragama Islam kenapa dihantar pada yang bukan Islam? Ada maid yang lari dan dihantar balik kerana tak tahan kena makan makanan tak halal.

Kata saya...bila dah naik ke RM800, adalah yang nak ambil kesempatan mencilok duit mereka pulak...

10 comments:

atenah said...

ramadhan kareem en jo! bila target nak habis study?

jorazak said...

atenah
1. selamat menempuh cabaran Ramadhan Al-Mubarak.
2. cuti belajar habis end of december. hopefully dah viva by then, insyaAllah.

Sya said...

Baru aje tulis status yg sama in my FB... this is what I wrote..

Nak gaji 800 konon.. tempat tinggal free.. makan minum free.. sabun, syampu, ubat gigi sampai tuala wanita pun kebas tuan rumah punya.. tak masuk bab api air lagik.. telefon... keja cam hampeh? Kelulusan apa yg dia orang ada? Orang sini SPM pun tak mungkin dpt bersih 800.. cheh...

Macam kadok naik junjung!!!!!!!!! Hangin betul

blogmaster said...

Rm ((800x12)+ 4000 )/12 = 1133.33

ini roughly duit yang majikan kena keluar sebulan untuk dapatkan pembantu rumah indonesia kalau gaji rm 800/-

itu cuma baru masuk duit pada agen yang rm 4k,belum lagi fomema, renew visa, tambang balek selepas 2 tahun, medical expenses, dan belum masuk makan minum lagi

lepas tu negara serumpun ni bukan nak bersangka baik dengan kita, tak percaya baca ni termasuk komen-komen diaorang

http://www.topix.com/tech/computer-security/2009/09/indonesian-hackers-launch-independence-day-attack-on-malaysian-web-sites

MA said...

Mana ada agen fees RM4k sekarang? Dah naik sampai 7-8k lah....

Nasib baik saya urus sendiri. And nasib baik maid saya tu berakal dan bertanggungjawap sikit. I didn't have to spend so much. Saya bayar dia RM 500 bersih tiap-tiap bulan. Yang lain semua saya tanggung.

Kalau rumah banglo 2-3 tingkat, anak kecik 3-4 orang nak dijaga, lepas tu semua nak buat mungkin boleh diconsiderkan rm 800 tu.

Tapi kalau macam saya, half a day tak de sapa kat rumah. Anak-anak dah besar tak perlu pantauan atau disuap makan, dipakaikan baju...melampau rasanya RM800 tu.


Tapi Filipinos are paid about that much...tu yang diorang nak sama tu kot?

blogmaster said...

saya pernah tanya kat sini dulu, charge dia l/k macam tu la

www.rujukantenagakerja.blogspot.com

tapi sekarang tak tau la.. lagipun sekarang kerja yang menyeronokkan tu lebih baik kita buat sendiri, tak la ngeri nak makan makanan yang kita masak sendiri....

blogmaster said...

saya pernah tanya kat sini dulu, charge dia l/k macam tu la

www.rujukantenagakerja.blogspot.com

tapi sekarang tak tau la.. lagipun sekarang kerja yang menyeronokkan tu lebih baik kita buat sendiri, tak la ngeri nak makan makanan yang kita masak sendiri....

jorazak said...

sya
1. my fb friend juga tulis almost the same argument, at almost the same time my entry di-publish.
2. that guy cakap boleh bagi RM800, tapi kena charge semuanya. sewa bilik, makan/minum, api+air, sewa perabot

jorazak said...

ma
1. blame it on the agents (both malaysia & indonesian sides)
2. blame it on Indonesian government
3. blame it on corrupt indonesian immigration and custom officers (based on what my ex-maid stories)
4. i dont think the maid have much say about it
5. tak taulah pulak how professional the philipinos...

jorazak said...

hassan
1. that RM4000 mostly likely the basic agent fees. lepas tu entah apa lagi yg ejen claim. so kita boleh kata 4000++.
2. bab hacking ni, kena tanya menteri pelancungan, hi, hi menteri yg ko minat tu dan menteri yg ada sekarang. apa maklumat yg diorg salah beri.
3. bab makan ni, selagi boleh aku try to avoid makan apa yg maid aku masak.
4. sekarang dah tak ada maid...