Ramai tak minat ikuti IT
Kementerian Pengajian Tinggi bimbang ramai tidak berminat mengikuti kursus berkaitan Teknologi Maklumat (IT) di universiti tempatan atas alasan imang sukar mendapat pekerjaan...Kosmo!
Tak boleh salahkan pelajar dalam hal ini. Mereka ambil kursus yang boleh menjamin perkerjaan. Berapa ramai yang nak jadi usahawan? Suatu masa dulu Kementerian Sumber Manusia buat jangkaan berapa ramai graduan IT yang diperlukan apabila MSC diwujudkan. Sampai sekarang dah tercapaikah angka tersebut? Berapa banyak pula institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus IT ni? Berapa ramai graduan yang telah dikeluarkan? Berapa ramai yang menganggur? Angka-angka ini perlu diisi dan dijawab sebelum tuduhan-tuduhan yan negatif dikeluarkan.
Kata saya...banyak institusi yang gelojoh menawarkan kursus yang serupa. Ramai graduan yang tidak membuat nilai tambah ke atas kertas sijil mereka. Soalan saya...kenapa mereka tidak mengikuti atau menduduki peperiksaan profesional sesuatu perisian? Kata saya...MSC sebenarnya tidak dapat menawarkan banyak jawatan. Mereka memerlukan KUALITI dan bukannya KUANTITI. Hanya pakar sahaja yang diperlukan. Yang selebihnya mungkin juruteknik untuk membantu. Kata saya...IPT perlu menyemak semula kurikulum mereka dengan membuat nilai tambah dan hadkan pengambilan ke tahap yang sesuai, bukan main ambil secara lambak sahaja.
No comments:
Post a Comment