Thursday, January 03, 2008

Au Revoir Chua

Menteri yang terlibat dalam skandal video CCTV telah meletakkan jawatan yang dipegangnya. Kata dia dari feedback rakyat Malaysia yang tidak dapat memaafkan dia. Isteri dan anak dia dah maafkan dia. Tapi saya rasa dia dapat feedback dari CC MCA dan dari YAB PM dan TPM. Even Prof Emeritus Khoo Kay Kim pun suggest dia berbuat demikian. Kalau di Jepun tak perlu dapat feedback dari mana-mana pihak. Terus aje menteri tu letak jawatan dan mohon maaf kat semua orang. Lagi teruk terus bunuh diri.

Dari pandangan saya Chua, juga macam my favourite minister, seorang yang outspoken. Dia buat kerja cara dia. Samada orang suka ke tak suka belakang kira. Cara dia di"buat" adalah hasil tangan seseorang yang dayus. Mungkin dah tak boleh buat cara politik dia buat cara itu. Walaupun saya tak setuju cara beliau di"buat" saya masih tidak bersetuju apa yang dilakukannya, secara moral dan akhlaknya. Kalau saya jadi pemilih sudah tentu saya tidak akan memilih beliau.

Kata saya...saya baru semak daftar pemilih. Dengan rasminya saya telah ditukarkan ke DUN 137/16 Ayer Keroh dan Parlimen 137 Bukit Katil. Ada siapa-siapa nak raih undi dari saya?

2 comments:

mak aji said...

Assalamu`alaikum Jo,

Pandangan saya, orang tak kan boleh 'buat' dia kalau dia tak 'buat' dirinya sendiri dulu. Betul tak Jo?

jorazak said...

mak aji
Saya setuju dengan pandangan mak aji. Kalau dia sendiri tak "buat" hal orang lain tak akan ada modal nak "buat" hal dengan dia. Lagi pun dalam politik macam-macam hal boleh berlaku...