Thursday, January 10, 2008

Selamat Tahun Baru

Tahun lepas petang awal Muharram, saya sedang berada dalam bas mencari parking untuk hotel persinggahan di Madinah. Banyak jalan dah ditutup memandangkan waktu maghrib telah hampir. Hotel di Madinah tu begitu hampir dengan Masjid Nabawi. Bas tu kena berlegar-legar beberapa pusingan sehingga masuk waktu maghrib. Bila terkenangkan peristiwa ini semula macam hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah le pulak. Bas yang saya naiki bertolak dari Mekah lebih kurang pukul 9.30 pagi, hari Jumaat. Singgah sembahyang Jumaat/Jamak-Qasar entah kat mana kat tahulah. Bila sampai di Madinah, suasananya jauh berbeza dengan Mekah. Sedap mata memandang...
.......................................................

Petang semalam di masjid MITC diadakan majlis menyambut Tahun Baru Hijrah. Alhamdulillah, tahun ni ramai umat Islam pergi ke masjid tu. Macam malam-malam pertama bulan Ramadhan. Tapi kalau banding dengan ramai orang ke konsert tahun baru gregorian tu, mungkin tak sampai satu peratus kut. Kira oklah tu. Macam saya pernah cerita fasal jom gi masjid.

Lepas sembahyang maghrib ada ceramah. Ustaz tu pernah belajar di Madinah. Dia cerita fasal sejarah penggunaan Tahun Hijrah. Dia bagi nasihat untuk memakmurkan masjid. Lagi dia cerita, kena jugak kat batang hidung saya. Saya berharap untuk memperbaiki diri tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

Kata saya...kecik rasa diri bila dengar ceramah agama macam tu...Anyway, Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ini kita berubah ke arah kebaikan dan mendapat keberkatan Allah. Amiin.

No comments: