Akhirnya apa yang dinyatakan oleh penyelia saya berulangkali dalam ucapan beliau di seminar dan persidangan terjadi juga akhirnya, minyak mentah US$100 setong. Sila baca cerita naik minyak (pun intended!) ni. Saya dah baca banyak kali dalam akhbar tentang kerajaan tak akan dapat memberi subsidi untuk minyak lagi atau negara akan bankrap. Pembangkang pula membalas negara tak akan bangkrap. Macamana negara nak bangkrap atau tidak, tak pulak saya faham perinciannya.
Kerajaan cakap subsidi minyak yang diberikan jika diberhentikan sebahagiannya akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Ini saya tak faham, ada YB yang boleh fahamkan saya? Pengangkutan awam di mana? Di KL, Penang, JB? Itu aja? Bagaimana dengan rakyat di tempat lain?
Tetapi dari sudut lain saya juga ingin bertanya. Orang yang komplen fasal minyak naik harga ni tak fikir ke fasal orang yang tak ada motorsikal dan kereta. Yang ada bas, tu lain cerita. Diorang tak guna minyak. Apasal diorang tak dapat subsidi pun?
Ha, ha, hidup ni mana ada keadilan kecuali yang datang dariNya. Kalau dari manusia, sorry! Dalam maksud sebenarnya...
Dalam memperkatakan kes minyak naik harga ni, Malaysia masih lagi belum membuat polisi tenaga yang lebih inovatif. Dalam RMK9 walaupun dikatakan Renewable Energy dikatakan penting namun hanya BioDiesel yang diutamakan. Salah seorang prominent speaker dalam RE yang datang ke KL akhir tahun lepas mengatakan,"Kalau diberikan pilihan antara makanan (food) dengan tenaga (energy), saya akan memilih makanan (food) setiap kali."
Kalau kita baca dalam akhbar kecoh fasal minyak masak tak ada di Pahang dan Terengganu yang kemudian menular ke Johor dan Melaka. Inilah yang dikatakan pilihan yang perlu dibuat. Dengan harga minyak sawit yang terus meningkat tak hairanlah pengilang lebih berminat untuk mengekspot minyak sawit mentah ke luar negara. Jadi yang malang adalah rakyat Malaysia. Harga minyak kereta naik, harga minyak makan pun naik. Jadi semua harga akan naik. Tol pun dah naik.
Yang saya heran US dah ada polisi untuk mengutamakan produksi Hidrogen sebagai sumber tenaga yang baru. Negara-negara Eropah juga mengikuti langkah US ini kerana Hidrogen adalah sumber tenaga yang infinit. Bila agaknya Malaysia nak mulakan langkah ke arah ni. Jangan le dok gah sangat ada ladang kelapa sawit tu. Nak makan pun tak cukup, ini pulak nak jadikan minyak kereta. Alahai...siapalah menteri yang bertanggungjawab ni...
Kata saya...isilah minyak kereta penuh-penuh. Dapat jimat satu hari pun cukuplah. Nasib baik tol PLUS tak naik tahun ni. Tak tahulah tu lepas pilihanraya kut...
No comments:
Post a Comment