Friday, May 30, 2008

Antara Dua

Sedih bila baca paper hari ni fasal sindiket jual bayi. Sedih bila baca ada ibu "jual" anaknya dengan harga RM200.00. Tak taulah niat dia. Mungkin dia tak berniat nak jual tapi hanya nak bagi untuk dijadikan anak angkat orang. Tu sebab dia kata dia nak jumpa anak dia. Mungkin tak berbaloi kalau setakat RM200.00 tu.

Tapi saya lagi sedih bila dengar cerita kes buang bayi. Ada yang ditinggal dalam tandas. Ada yang dicampak dalam sungai. Ada yang dibuang macam sampah. Malah yang lebih sedih kebanyakan bayi-bayi yang tak berdosa ni bayi berketurunan melayu. Yang bukan melayu, kadang-kadang jarang-jarang.

Antara dua kes ni jika saya perlu saya memilih, saya akan pilih yang pertama. Sebabnya saya rasakan tiada nyawa yang terlibat. Insan yang tidak berdosa itu dapat meneruskan hidupnya, malah mungkin mendapat kehidupan yang lebih baik dan terjamin. Mungkin bayi ini dapat dapat membahagiakan dua insan lain.

Pilihan kedua nyata menambahkan dosa yang sedia ada. Besar kemungkinan anak yang dikandung adalah anak luar nikah. Kandungan yang tidak diketahui ramai dan kelahiran bayi adalah secara tersembunyi dan sulit. Siibu dan sibapa tidak mahu rahsia mereka diketahui ramai mengambil jalan mudah. Tinggalkan bayi ditempat orang ramai, kalau masih hidup. Kalau dah mati buangkan aje di mana yang sempat. Mereka lupa...bayi itu perlu dimandikan, dikapan dan dikebumikan.

Kata saya...inilah orang melayu, kata salah seorang pengetua saya: orang melayu yang me...layu. Masih lagi ada yang bertelagah fasal ketuanan me...layu.

Thursday, May 29, 2008

Lompat Apek Lompat

Mula-mula Ezam kemudian dua lagi bekas orang kanan PKR masuk balik UMNO. Ini berlaku setelah TDM meninggalkan UMNO. Ada kaitan ke?

Dulu mereka semasa di luar menghentam UMNO, sekarang kembali semula. Saya mahu lihat boleh ke mereka membetulkan apa yang mereka kata UMNO tak betul semasa di luar bila kembali ke dalam UMNO. Boleh ke mereka mengkritik dari dalam? Takut jadi macam MP Mukhriz dan MP Tajudin le pulak. Senator Zaid dah beri cadangan untuk ambil tindakan.

Teringat saya apabila DSA masuk UMNO, katanya, kalau tak silap, nak memperbaiki UMNO dari dalam. Agaknya Ezam dan Anuar dan Khairul nak ikut jejak DSA jugak tapi selepas masuk UMNO, keluar UMNO, masuk PKR, keluar PKR dan masuk balik UMNO.

Kata saya...teringat kata kawan saya, kalau kita nak cuci lubang ***** dari dalam, kita pun akan terkena ***** juga.

BAM ooo BAM Bee

Semalam baca The STAR cerita fasal pasangan Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah. Wan Wah cedera semasa pusingan akhir Piala Thomas yang lalu. Itu sebab dia tak main dalam perlawanan menentang Jepun dan pasangan mereka tak diturunkan semasa perlawanan menentang China.

Kalau nak diikutkan memang pasangan mereka adalah gandingan yang paling konsisten. Pasangan "emas" yang diagung-agungkan itu adalah total disappointment. Kalau tengok rekod mereka, kalau diturunkan semasa lawan Jepun tempoh hari dah tentu Malaysia tak masuk semi-final. Gandingan CTF dan LWW adalah paling reliable. Tak ada nak kalah dengan pasangan yang ranking entah apa-apa.

Pasangan ketiga kita Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif juga mempunyi prestasi yang turun naik. Ok, mereka bermain baik semasa suku akhir dan separuh akhir. Tapi itu tak bermakna mereka layak ganti gandingan veteran tu!

Kecederaan LWW boleh sembuh sepenuhnya dalam tempoh terdekat. Olimpik masih lagi 3 bulan untuk mantapkan persediaan. Pengurus Besar BAM dah tetapkan Jumaat ini sebagai memberi kata putus. Saya harap mereka buat keputusan yang betul.

Kata saya...kalau saya jadi jurulatih saya akan gugurkan pasangan emas tu. Pada saya tak layak lagi dipanggil sebegitu. Sejak menang All England tahun lepas, prestasi merudum, mental tak kuat, berbalah dengan pasangandan jurulatih. Saya cadangkan kita hantar pasangan ketiga aje. Biar diorang rasa.

Tuesday, May 27, 2008

Dah Terantuk Baru Tengadah

Dari berita hari ini tentang terkelam-kabutan kerajaan menangani kekalahan penguasaan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Cerita nak take over pulau yang dulunya tak diambil kisah.
Semasa pembentangan kes di ICJ, saya tak dengar kenyataan Malaysia menunjukkan sebarang bukti kukuh walaupun saya sedia maklum memang pada pulau tu adalah milik kerajaan Johor. Singapura pula telah menunjukkan bukti mereka. Dan beberapa hari sebelum pengisytiharan keputusan dibuat, menteri bukan main confident lagi PBP akan jadi milik Malaysia. Lihatlah siapa yang dah gagal!
Kata saya...sekarang barulah nak gabra. Dengar cerita MNLF pulak nak bawa Sabah ke ICJ pasal isu kesultanan sulu.

Sunday, May 25, 2008

Anugerah

Tidak lama dulu bila TDM bersara berduyun-duyun universiti nak beri beliau dan isteri ijazah kehormat. Tak taulah apa sebabnya, mungkin ikhlas untuk menghargai jasa beliau atau hanya semata-mata universiti-universiti nak kan publisiti. Agaknya ada lagi tak universiti nak anugerahkan beliau dan isteri dalam keadaan semasa ni...

Hari ini dengar berita dan terbaca di akhbar tentang isteri PM terima anugerah kolej tersohor di Jepun. Ini untuk mengiktiraf sumbangan dan sokongan beliau kepada pembangunan wanita di Malaysia.

Pada hemat saya mungkin anugerah diberikan atas nama isteri PM kerana PSJ menjadi isteri PM belum begitu lama. On the other hand, mungkin dalam masa yang singkat beliau telah menyumbang jasa bakti kepada masyarakat wanita yang tidak ternilainya. Atau mungkin jasa beliau sebelum menjadi isteri PM juga diambil kira. Apa pun saya ucapkan tahniah pada PSJ atas anugerah tersebut.

Walaubagaimanapun saya berharap mana-mana universiti yang nak bagi anugerah akademik tu perlulah teliti dengan pemberiannya, jangan cuba nak kan publisiti murahan. Berikan anugerah kepada yang betul-betul berhak.

Kata saya...macam kata seorang politik semalam, "Ada pemimpin suka bodek".

Saturday, May 24, 2008

CYC

Ingat tak tahun lepas masa nak menyambut merdeka ada dua isu bolasepak yang terhangat. Satu berkenaan lawatan Manchester United dan lagi tu CYC. Lawatan MU tak jadi manakala CYC dijalankan di beberapa stadium di seluruh negara. Sebelum nak diadakan ada kata jadi ada kata tak jadi, sampai nak masuk court.

Tahun ni nak buat lagi di Malaysia. Kenapa yek? Rupa-rupanya dikatakan Kementerian Belia & Sukan dah sain kontrak untuk 3 tahun. Dikatakan penganjur dah dikurniakan sebanyak RM17 juta untuk penganjuran itu. Tetiba diorang nak duit lebih dan cuba minta dari pengajur tempatan Pahang dan Terengganu.

Hari ini diwartakan FAM tidak merelakan CYC dianjurkan di Malaysia sebab tidak menjemput FAM bersama dalam perbincangan penganjuran.

Yang buat saya confused...

Macamana KBS sain kontrak tanpa melibatkan badan induk bolasepak negara?

Kenapa 3 tahun kontrak?

Duit RM17 juta tak cukup untuk buat penganjuran?

Apa yang Malaysia dapat hasil dari kontrak ni? Duit rakyat tu.

Boleh Menteri yang dulu dan sekarang tolong jawab!

Kata saya...RM17 juta untuk penganjuran bolasepak belia yang tak dapat menarik penonton ke stadium, oiiiiiii banyak tu! Lebih baik disalurkan kepada persatuan-persatuan belia untuk buat aktiviti mereka. Ini nak beri T-shirt dan topi kat belia pun kedekut! Buang duit tak paedah boleh! Malaysia Boleh!

Tali Pinggang

Khabarnya kerajaan nak menguatkuasakan undang-undang pemakaian tali pinggang keledar penumpang belakang kereta persendirian bulan depan.

Heh, heh, kereta kancil saya tak ada tali pinggang belakang. Nampak gayanya kena keluar duit lagi untuk tambah alat tu. Tapi memandangkan kereta tu hanya saya gunakan dan jarang ada penumpang, mungkin saya tak akan pasang benda tu. Buat bazir duit aje.

Yang saya pelik bila diorang dok kecoh fasal talipinggang ni, kenapa tak dikuatkuasakan sama pemasangan talipinggang keledar ke atas bas-bas ekspress. Ini lagi penting sebab kenderaan awam. Kalau ikutkan memang diorang ni (pemandu bas-bas ekspress ni) bawak bas tak pernah ikut speed limit 80/90 tu. Kalau tak percaya letak ajelah speed radar kat lebuhraya US dari pagi dan petang. Kalau diorang dah memandu melebihi had laju tak ke memerbahayakan penumpang, Khasnya yang duduk kat tingkat atas, depan pulak tu . Saya harap diorang dah pasang tali pinggang kat tempat duduk tu. Saya tak tau sebab saya tak pernah naik bas ekspress cam tu.

Satu lagi kalau dah kuatkuasa kenalah semua orang ikat talipinggang tu. Jadi kalau siapa-siapa duduk belakang kena ikatlah, tak kiralah samada PM ke polis ke. Ini tidak, polis nak saman kita tapi dia sendiri tak pakai tali keledar dalam kereta dia! Kononnya alasan senang nak ambil tindakan jika ada jenayah. Heh, heh, alasan lawak bodoh!

Kata saya...apa kata penumpang keretapi pun kita kuatkuasakan pakai tali pinggang keledar. Sekarang keretapi dah laju. Ada yang dah jatuh lumpur!

Sunday, May 18, 2008

Rice Bowl

Sekarang bila beras dah kurang dan harganya dah naik mulalah orang memperkatakan nak tanam padi. Dengar cerita Sarawak dah peruntukkan beribu-ribu hektar tanah pertanian untuk padi. Begitu juga Sabah. Masing-masing nak menjadi "Rice Bowl of Malaysia".

Kalau tak silap semalam orang politik Pahang pun nak daerah Pekan dan Rompin nakkan kedua-dua daerah ni diisytihar kawasan "Rice Bowl" jugak supaya dapat keistimewaan yang diberikan kepada kawasan "Rice Bowl".

Persaolan saya...

Pertama...
Kalau sekarang dah ramai tenaga asing digunakan untuk kawasan tanaman yang sedia ada, berapa ramai lagi mat dan minah import yang akan dibawa masuk untuk tujuan tersebut itu. Kena kreatif unuk rekrut orang nak tanam padi ni. Dahlah panas, kena main lumpur dan banyak lintah pulak tu.

Kedua...
Kedua-dua daerah tu tak dapat subsidi macam kawasan lain ke? Tu sebab agaknya diorang tanam setahun sekali aje. Cukup makan aje, tak dapat nak hidup senang. mungkin diorang perlu buat kerja lain masa off-season.

Kata saya...nama kampung saya dah disebut ni. Kena balik kampung lihat kawasan.

Siapa mereka?

Hari tu sebelum pilihanraya semasa SPR batalkan penggunaan dakwat . Masa tu semasa sidang akhbar bersama AG dan KPN Tan Sri EC mengatakan ada orang dah import dakwat ni dari negara jiran. Saya tak pasti samada dia ada cakap orang-orang tu dah ditahan dan disoalsiasat ke belum.

Yang saya tak puas hati dah 2 bulan lebih, masih tak ada berita tentang orang-orang yang mengimport dakwat-dakwat tersebut. Tak boleh ke diorang buat sidang akhbar explain-kan kenapa diorang mengimport dakwat tersebut. Kalau betul mereka mengimport dakwat tersebut untuk tujuan yang tidak baik semasa pilihanraya, sudah sewajarnya tindakan undang-undang patut diambil ke atas mereka kerana ini akan mengakibatkan huru-hara semasa pilihanraya sepertimana yang disebut sebelum ini.

Saya berharap Tan Sri EC boleh buat sidang akhbar bersama AG dan KPN sekali lagi sebelum dia pencen sekali lagi.

Kata saya...mungkin yang mengimport tu hanya "orang-orang". "Orang-orang" hanya unuk halau burung kat sawah padi. Hi, hi sawah padi...ada lagi ke?

Monday, May 12, 2008

Lain Dulu Lain Sekarang

Dulu...
Ada ceritanya hendak mendirikan pusat kecemerlangan sukan di luar negeri. Peruntukannya berjuta-juta ringgit. Semuanya untuk atlet negara berlatih di luar negara. Kononnya tempat itu akan dilengkapi peralatan "state-of-the art" dan jurulatih terbaik supaya dapat "mencemerlangkan" atlet-atlet negara.
Nasib baiklah local council di England tu reject permohonan untuk mendirikan pusat tersebut. Tak taulah apa sebab sebenarnya yang penduduk setempat tu membantah kat local council. Tak macam local council kita. Dah berbuih mulut penduduk membantah dia nak juga buat rumah kat atas bukit tu. Agaknya nak tunggu tragedi macam Highland Towers.

Kini...
Ada cerita nak menggalakkan perlancungan dalam negara. Cuti-cuti Malaysia gitu. Aikkk. Kenapa tak galakan orang gi melancung luar negara. Boleh naik MAS yang sekarang tawarkan Low Fare everyday. Boleh MAS buat untung macam baru-baru ni yang dia inform semua orang. Untung juta-juta.

Kata saya...tak ada duit nak berfoya-foya gi melancung. Baik simpan duit gi melawat Nabi.

Tuesday, May 06, 2008

Beras Oh Beras

Beras oh beras, kenapa kau tak ada
Macamana aku nak ada, padi tak mau tumbuh

Padi oh padi, kenapa kau tak mau tumbuh
Macamana aku nak tumbuh, depa dok buat bangunan

Bangunan oh bangunan, apa yang depa buat
Hi, hi hi memacam
Kompleks mahkamah
Kompleks sukan
Kompleks kolam renang
Agak-agaknyalah

Kalau dah tanah premium untuk tanaman padi diambil alih oleh kerajaan untuk tujuan lain dari pertanian di manakah komitmen kerajaan untuk industri padi negara ni. Sepatutnya kita perlu muhasabah diri atas kesilapan kita yang lampau. Janganlah bila orang yang berkuasa sekarang memberi pendapat terus mahu menegakkan benang yang basah dengan serta-merta mengatakan dia dah fikir lama benda tu. Hek alahai. Kalau begitu apa ke halnya guna tanah sawah. Tak ambil tanah yang gersang atau hutan belukar!

Kata saya...kompleks renang tu dah terbiar, sebab dah rosak sampai ada budak lemaslah pulak.

Monday, May 05, 2008

Ketuanan Melayu

Sejak PRU 12 ni tak habis-habis dilaungkan message ketuanan melayu. Samada dari parti yang memerintah dan juga pembangkang. Cuma yang saya tak puas hati KEDUA-DUAnya hanya ambil yang menyokong pendirian mereka. Yang sahnya rugi orang melayu gak. Tak sedar lagikah mereka ni!

Saya tertarik dengan komen salah seorang ahli panel di kongres ketuanan melayu ni. Yang menghilangkan ketuanan melayu adalah orang melayu gak. Bak kata pepatah, "Meludah ke langit, jatuh atas hidung sendiri". Maknanya bila buat kongres tu macam "Membuka pekung di dada". Tetapi apa halnya, yang disindir bukannya ada dalam kongres tu. Tak adanya diorang nak mendengar resolusi yang diorang buat. Hik, hik, macam bagi resolusi membantah kekejaman Israel. Israel peduli apa! Hanya saya nak bagi contoh, bukan saya nak samakan diorang tu dengan Israel.

Yang saya tak gemar bila Sultan dan Raja melayu digunakan sebagai buah catur politik parti-parti yang kononnya memperjuangkan nasib orang melayu. Bila mereka tak setuju memacam dikatanya pada Sultan dan Raja. Bila kena pada pendirian politik mereka baik punya puji mereka ini.

Kalau benar mereka nak menegakkan ketuanan melayu tak perlu buat kongres tu selepas PRU 12. Sebelum tu pun boleh. Kalau diorang tu prihatin bebenor tentulah mereka dah lihat bagaimana ketuanan melayu telah terhakis begitu lama. Dari zaman negeri-negeri bersekutu, negeri-negeri selat, ke malayan union, ke 13 mei, ke tambak johor dan jambatan bengkok, ke wilayah iskandar MALAYSIA (kenapa Malaysia tak Singapura, ek?) dan ke PRU 12.

Kalau tengok program bersamamu berapa ramai kes orang melayu dipaparkan. Di mana statistik sifar kemiskinan tegar? RM100 juta untuk hantar SATU orang ke angkasa lepas. Angka yang sama dah boleh digunakan untuk buat satu fakulti pengajian angkasa lepas di universiti, yang saya rasa perlu diwujudkan sebelum hantar manusia ke angkasa lepas. Satu jabatan kerajaan, macam MINT atau PUSPATI juga perlu diwujudkan terlebih dahulu. Angka yang sama boleh digunakan untuk membantu rakyat termiskin, walaupun ada cerita ada yang songlap duit PPRT ni. Bayangkan kalau bagi RM20,000 (itu dah kira lumayan dah tu!) kat satu keluarga, berapa ramai keluarga dah boleh kerajaan tolong, ek? Cubalah kira sikit...

Itulah agaknya sebabnya saya masih belum masuk mana-mana parti politik walaupun Allahyarham ayah saya pernah mendaftarkan saya masuk jadi ahli sebuah parti tanpa pengetahuan saya. Tak taulah saya keahlian saya masih wujud ke tidak. Setahu saya, saya tak pernah bayar yuran keahlian.

Kata saya... hi, hi, seperti yang selalu saya katakan, saya ahli parti bergerak untuk makan...

Friday, May 02, 2008

Alahai Cik Puan

Balkis, Baiduri, Bunga Tanjung dan yang lain-lain. Apa dah jadi dengan korang? Kenapa nak bubarkan persatuan? Kalau benar persatuan tu untuk isteri-isteri wakil rakyat BN kenapa tak diteruskan? Persatuan tu masih boleh berfungsi selagi masih ada wakil rakyat BN.

Atau...persatuan itu ditubuhkan atas nama isteri ADUN negeri masing-masing. Yang mana isteri wakil rakyat pembangkang (di parlimen) tidak pernah masuk campur atau jadi ahli. Jadi apabila telah jatuh kepada pembangkang (di parlimen) maka persatuan itu nak dibubarkan atau baru nak tukar nama?

Sebelum masing-masing menjerit tak tentu hala, samada dalam kerajaan atau pembangkang (di parlimen), seelok-elok semua balik semula tengok perlembagaan masing-masing. Pada pendapat saya, tanpa melihat perlembagaan persatuan, apabila Parlimen dan DUN dibubarkan tiada siapa yang berhak ke atas kewangan persatuan tersebut. Tak kiralah samada persatuan tu khas untuk isteri ADUN BN. Sebagai contoh, apa jadi kalau isteri bekas MB Terengganu buat keputusan derma semua duit persatuan ke Bakti atau lain-lain, tinggal RM1 dalam akaun. Contoh ajelah.

Selagi peguam masing-masing teliti semula perlembagaan persatuan saya rasa elok semua pihak berdiam diri, jangan buat kenyataan yang mungkin akan menjerat diri dan jangan buat keputusan yang terburu-buru.

Kata saya...kalau dah persatuan tu bertujuan untuk kebajikan kenapa tak bersama-sama berganding bahu berbakti untuk negara. Atau persatuan tu hanya untuk bersuka-suka, takut pulak duit tu orang lain buat joli.