Beras oh beras, kenapa kau tak ada
Macamana aku nak ada, padi tak mau tumbuh
Padi oh padi, kenapa kau tak mau tumbuh
Macamana aku nak tumbuh, depa dok buat bangunan
Bangunan oh bangunan, apa yang depa buat
Hi, hi hi memacam
Kompleks mahkamah
Kompleks sukan
Kompleks kolam renang
Agak-agaknyalah
Kalau dah tanah premium untuk tanaman padi diambil alih oleh kerajaan untuk tujuan lain dari pertanian di manakah komitmen kerajaan untuk industri padi negara ni. Sepatutnya kita perlu muhasabah diri atas kesilapan kita yang lampau. Janganlah bila orang yang berkuasa sekarang memberi pendapat terus mahu menegakkan benang yang basah dengan serta-merta mengatakan dia dah fikir lama benda tu. Hek alahai. Kalau begitu apa ke halnya guna tanah sawah. Tak ambil tanah yang gersang atau hutan belukar!
Kata saya...kompleks renang tu dah terbiar, sebab dah rosak sampai ada budak lemaslah pulak.
2 comments:
Harga beras dah naik...harga nasik pun naik...kalo tol naik boleh la kata amik jalan alternatif. Tapi kalo harga beras naik makan beras alternatif?
ibu baru
hi, hi, dia suruh makan bubur aje. lagi banyak khasiatnya.
Post a Comment