Monday, May 05, 2008

Ketuanan Melayu

Sejak PRU 12 ni tak habis-habis dilaungkan message ketuanan melayu. Samada dari parti yang memerintah dan juga pembangkang. Cuma yang saya tak puas hati KEDUA-DUAnya hanya ambil yang menyokong pendirian mereka. Yang sahnya rugi orang melayu gak. Tak sedar lagikah mereka ni!

Saya tertarik dengan komen salah seorang ahli panel di kongres ketuanan melayu ni. Yang menghilangkan ketuanan melayu adalah orang melayu gak. Bak kata pepatah, "Meludah ke langit, jatuh atas hidung sendiri". Maknanya bila buat kongres tu macam "Membuka pekung di dada". Tetapi apa halnya, yang disindir bukannya ada dalam kongres tu. Tak adanya diorang nak mendengar resolusi yang diorang buat. Hik, hik, macam bagi resolusi membantah kekejaman Israel. Israel peduli apa! Hanya saya nak bagi contoh, bukan saya nak samakan diorang tu dengan Israel.

Yang saya tak gemar bila Sultan dan Raja melayu digunakan sebagai buah catur politik parti-parti yang kononnya memperjuangkan nasib orang melayu. Bila mereka tak setuju memacam dikatanya pada Sultan dan Raja. Bila kena pada pendirian politik mereka baik punya puji mereka ini.

Kalau benar mereka nak menegakkan ketuanan melayu tak perlu buat kongres tu selepas PRU 12. Sebelum tu pun boleh. Kalau diorang tu prihatin bebenor tentulah mereka dah lihat bagaimana ketuanan melayu telah terhakis begitu lama. Dari zaman negeri-negeri bersekutu, negeri-negeri selat, ke malayan union, ke 13 mei, ke tambak johor dan jambatan bengkok, ke wilayah iskandar MALAYSIA (kenapa Malaysia tak Singapura, ek?) dan ke PRU 12.

Kalau tengok program bersamamu berapa ramai kes orang melayu dipaparkan. Di mana statistik sifar kemiskinan tegar? RM100 juta untuk hantar SATU orang ke angkasa lepas. Angka yang sama dah boleh digunakan untuk buat satu fakulti pengajian angkasa lepas di universiti, yang saya rasa perlu diwujudkan sebelum hantar manusia ke angkasa lepas. Satu jabatan kerajaan, macam MINT atau PUSPATI juga perlu diwujudkan terlebih dahulu. Angka yang sama boleh digunakan untuk membantu rakyat termiskin, walaupun ada cerita ada yang songlap duit PPRT ni. Bayangkan kalau bagi RM20,000 (itu dah kira lumayan dah tu!) kat satu keluarga, berapa ramai keluarga dah boleh kerajaan tolong, ek? Cubalah kira sikit...

Itulah agaknya sebabnya saya masih belum masuk mana-mana parti politik walaupun Allahyarham ayah saya pernah mendaftarkan saya masuk jadi ahli sebuah parti tanpa pengetahuan saya. Tak taulah saya keahlian saya masih wujud ke tidak. Setahu saya, saya tak pernah bayar yuran keahlian.

Kata saya... hi, hi, seperti yang selalu saya katakan, saya ahli parti bergerak untuk makan...

No comments: