Sedih bila baca paper hari ni fasal sindiket jual bayi. Sedih bila baca ada ibu "jual" anaknya dengan harga RM200.00. Tak taulah niat dia. Mungkin dia tak berniat nak jual tapi hanya nak bagi untuk dijadikan anak angkat orang. Tu sebab dia kata dia nak jumpa anak dia. Mungkin tak berbaloi kalau setakat RM200.00 tu.
Tapi saya lagi sedih bila dengar cerita kes buang bayi. Ada yang ditinggal dalam tandas. Ada yang dicampak dalam sungai. Ada yang dibuang macam sampah. Malah yang lebih sedih kebanyakan bayi-bayi yang tak berdosa ni bayi berketurunan melayu. Yang bukan melayu, kadang-kadang jarang-jarang.
Antara dua kes ni jika saya perlu saya memilih, saya akan pilih yang pertama. Sebabnya saya rasakan tiada nyawa yang terlibat. Insan yang tidak berdosa itu dapat meneruskan hidupnya, malah mungkin mendapat kehidupan yang lebih baik dan terjamin. Mungkin bayi ini dapat dapat membahagiakan dua insan lain.
Pilihan kedua nyata menambahkan dosa yang sedia ada. Besar kemungkinan anak yang dikandung adalah anak luar nikah. Kandungan yang tidak diketahui ramai dan kelahiran bayi adalah secara tersembunyi dan sulit. Siibu dan sibapa tidak mahu rahsia mereka diketahui ramai mengambil jalan mudah. Tinggalkan bayi ditempat orang ramai, kalau masih hidup. Kalau dah mati buangkan aje di mana yang sempat. Mereka lupa...bayi itu perlu dimandikan, dikapan dan dikebumikan.
Kata saya...inilah orang melayu, kata salah seorang pengetua saya: orang melayu yang me...layu. Masih lagi ada yang bertelagah fasal ketuanan me...layu.
No comments:
Post a Comment