Monday, October 20, 2008

Holland, Dutch, Belanda

Itu hari mereka cakap, kalau tak silap, jawatan TPBN ke 2 perlu diwujudkan dan jawatan itu wajar diberikan kepada mereka. Kalau tak silaplah. Sebab musabab tak pula saya ingat. Hi, hi, orang dah tua.

Ini hari mereka cakap, jawatan TPM perlu diberikan kepada mereka kerana mereka adalah parti ke 2 paling besar dalam BN. Presiden mereka hanya seorang menteri. DSOKT katanya terpaksa buat perjumpaan TERGEMPAR dengan PM oleh sebab kes "culling of pigs in Melaka". Hi, hi, itu isu kecil saja. Kan dulu PM pernah jadi pengerusi semasa masalah JE, dah tentu dia tahu nak handle kes macam tu. Jadi oleh kerana kes CoPiM nak dijadikan sebab musabab jawatan tersebut nak diberikan pada mereka?

Tak tahulah samada dalam perlembagaan Malaysia ada tak wujudnya jawatan tersebut. Kalau tak ada buat apa mereka nak sibuk-sibuk.

Inilah dasar Belanda diberi tanah. Diberi betis nak peha...(hi, hi, kalau saya dua-dua saya tak nak, saya prefer kepak)

Kata saya...OOOiiiiii mamat, tak bangun lagi ke? Dah pukul 6.45, dah subuh gajah ni oooiiiii! Matahari dah nak naik! Masih mimpi naik mercedez lagi?

2 comments:

Sya said...

Begitulah kalau tak diberi kata kedekut dah diberi lupa diri tu sapa nak lebih lagik..

Melihat gambar Pusanika tu.. aduh rindunya lama sudah tak berkunjung ke sana.

jorazak said...

sya
1. ni dah era peralihan. masing-masing tahu apa kelemahan yg lain. jadi ambil kesempatanlah. gerakan suarakan isi perut dia, begitu juga mca, cuma nak dengar dari mic pulak. hi, hi, tak taulah mamat tu dah bangun solat subuh ke belum, tau terus tarik selimut sebab hujan di luar tengah lebat.

2. hi, hi, dari bbst ke ukm bukannya jauh...