Tuesday, October 07, 2008

Ibadah Yang Perlu

Hari Isnin ada terbaca tentang Imam Haji Musa dalam UM. Pagi tadi cari kat arkib UM mengenainya. Nasib baik jumpa di sini. Sebenarnya saya tertarik dengan unjuran beliau tentang perkara yang perlu dikerjakan oleh setiap umat Islam.

Beliau menjelaskan bahawa istighfar hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 70 kali sehari. Zikir pula sekurang-kurangnya 300 kali, manakala selawat sekurang-kurangnya 40 kali dan yang terakhir membaca al-Quran sekurang-kurangnya tiga puluh ayat sehari semalam. Menurut beliau hal tersebut adalah seperti mana yang difatwakan oleh kebanyakan guru.

Kalau dilihat dari saranan itu nampak senang untuk dilaksanakan. Bahagikan jumlah yang ada tu dengan 5. 5 kerana kita solat 5 waktu. Tidaklah berapa banyak mana pun setiap waktu. Tetapi adakah terbawa tak kita dengan tabiat tersebut? Terus terang saya katakan saya tak penuhi jumlah yang disaran.

Kata saya...mungkin kita boleh cuba luangkan lebih masa sedikit di atas sejadah untuk penuhi tanggungjawab ini. Kalau berborak di cafe boleh setengah jam sekali makan apa salahnya kita tambah 5 minit di atas sejadah setiap kali mengadap Ilahi.

2 comments:

Sya said...

Memang betul kalau dibahagi 5 memang bendanya sedikit aje. Cuma berapa ramai dr kita yg betul melapangkan masa membaca semua itu lepas solat.

Bapak sya selalu suruh memohon ampun utk ibu bapa - 10 kali, guru - 10 kali, muslim/muslimat - 10 kali, mukmin/mukminat 10 kali dan akhir sekali baru astaghafar utk diri sendiri 10 kali..

jorazak said...

sya
memang kalau diikutkan kita bersolat tak lama mana satu hari. paling lama orang solat 10 minit (mungkin lebih lama kalau solat kat masjid/surau). satu hari mungkin 1 jam untuk solat dari 24 jam yg kita ada. 1 tahun l/kurang 15 hari. 63 tahun, l/kurang 960 hari atau 32 bulan, atau 2 tahun 8 bulan aje. cukup ke ibadat kita?