Harga minyak mentah hari ini dah jatuh di bawah USD92.00. Menteri yang bertanggungjawab masih lagi dok main teka teki dengan rakyat samada harga petrol dan disel nak turun ke tidak. Entah le diorang semua tengah sibuk dengan berkempen dan melobi untuk jadi orang kuat parti memasing.
Harga barang pula terus melambung naik. Tak sanggup rasanya bila beli grocery, tak kiralah samada di hypermarket atau di pasar basah. Dah agak lama tak pergi pasar borong jadi tak tau lah harganya macamana. Yang betulnya harga naik begitu ketara sekali.
Mengikut berita harga minyak turun kerana krisis kewangan yang melanda US dan Eropah masakini. Ia akan menjurus kepada kelembapan ekonomi dan menuju resesi.
Buat masa ini agaknya kerajaan masih lagi dalam tahap "denial" yang sistuasi yang sama akan melanda Malaysia. Saya masih belum lihat sebarang tindakan Bank Negara dan institusi kewangan tempatan sebagai persiapan menghadapi situasi ini.
Hi, hi, masing-masing sedang sibuk mempromosikan diri untuk dicalonkan oleh bahagian dan perwakilan parti. UMNO, MCA dan Gerakan. Sama aja. Yang masih belum dengar, MIC. Tak ada pemilihan tahun ni kut.
Berita mutakhir: Harga Minyak di New York Jatuh Bawah USD90.
Kata saya...nanti dah terantuk baru tengadah. Kena macam tahun 1997/98, dah semput, baru nak ambil tindakan. Nak dengar dari mulut PM, TPM @ Menteri Kewangan, apa yang diorang nak buat...
4 comments:
Kat sini harga minyak dah lama turun ₤1.05/liter. Puas la isi penuh tangki dan jln merata, tambah-tambah musim raya ni.terkejut bila mak bgtau ikan tenggiri RM24/kilo, daging RM20/kilo, ayam RM7/kilo masa nak raya ari tu. melampau betul. tak mustahil raya ni semua org tutup pintu, kurang la open house.
ibu baru
masa balik ke alor star saya pergi pasar besar sehari sebelum raya bersama isteri...dengan kamera saya. saya cuma ambil gambar kat bahagian sayur. hi, hi, kecoh jap diorang ada orang ambil gambar. tapi tak kuasa nak gi tempat ayam, daging dan santan. penuh sesak dengan orang ramai. mereka semua bayar aje apa yang dijual tanpa banyak soal...apa nak buat esok dah raya...
Selamat HAri Raya, Maaf Zahir BAtin..... wah.... siap ada gambar kat bawah tu..... ramainya hero2..... jeles Helena...hehe
On your current posting, mmm..... Helena tak harap sangatla from them.... and to me harga mahal tu mmg silap they all sebab ni semua chain reaction from the high increase of petrol dulu.... sigh.... now tak leh reverse2.....
helena
1. selamat hari Raya to you and your family too. hi, hi, itu gambar last year. dah banyak berubah, hi, hi...hero...kesemua 4 orang tu.
2. apa yang saya tahu, tak ada berita tentang menteri yang berkenaan turun padang masa belum raya tu. macam tak nak ambil tahu fasal penderitaan rakyat...hampes3X
Post a Comment