Thursday, October 09, 2008

Open Season

Semalam YAB MP KB dah mengumumkan yang beliau tak akan bertanding untuk pemilihan Presiden UMNO. Ini bermakna kesemua jawatan tertinggi UMNO akan mungkin ada pertandingan. OPEN SEASON untuk semua. Semua boleh bertanding. Inilah yang sepatutnya diamalkan oleh UMNO sebelum ini.

Perlu dilihat peralihan kuasa dari Allayarham Tunku Abdul Rahman kepada Allahyarham Tun Abdul Razak kepada Allahyarham Tun Hussein Onn kepada Tun Dr Mahathir Mohammad kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dibuat di luar perhimpunan agung UMNO, iaitu tanpa sebarang pemilihan. Oleh itu PM baru perlu memilih TPM baru dari kalangan 3 naib presiden yang ada. Bukan dibuat pemilihan oleh akar umbi.

Jadi pencalonan yang akan mula dibuat lewat minggu ini dan pemilihan pada bulan Mac tahun depan besar makna kepada semua ahli UMNO dan semua rakyat Malaysia amnya (hi, hi, itu pun kalau pertukaran pemerintahan TAK jadi). Calon presiden dah ada 2, timbalan presiden dah ada 4. Tak taulah mungkin bertukar bila YB TS MY buat pengumuman Jumaat ini.

Kata saya...YB MP KK tak mau ikut contoh tauladan ni ke dengan melepaskan jawatan Ketua Wanita lebih awal. Dengar cerita beliau antara yang vokal masa mesyuarat MT dulu. Tak takut ke beliau, beliau sendiri tak cukup kuota untuk bertanding nanti? Hi, hi, sendiri mau fikir la...

3 comments:

Sya said...

Jangan le berubah pulak yer.. kekadang keputusan keja itu kejap ini.. kejap ye kejap tidak.. kejap begitu kejap begini.. pening rakyat jelata

Sya said...

Eh baru baca abt ur new toy.. sya pun guna blue cube tu. Bestkan? Mana2 ada coverage even kat Krubong nuu.

Sya tak beli cash .. beli ansuran ngan Celcom.. so for 18 months kena bayar 31.00 xtra apart from the 68 tu

jorazak said...

sya

1. kalau ikut trend apa yang dia cakap akhir-akhir ini, sangat-sangat tak boleh dipercayai. boleh refer pada entry saya bulan ogos "itu hari cakap". kita tengok nanti ada bahagian calonkan dia tak. kalau ada dan cukup kuota, dia berubah hati tak. selagi tak sampai mac tak boleh nak komen banyak. hi, hi, entah-entah dah tukar PM. kempunanlah YAB MB Pn.

2. my new toy adalah salah satu benda yang saya beli dengan bajet bonus yang diberi bulan september. sacrifice tak beli baju baru selain dari baju melayu baru yg dipakai pd hari raya pertama. saya punya kena tambah RM20 kpd RM88 streamyx untuk rumah dgn kontrak 2 tahun. ok lah tu. saya sangat puas hati...