Thursday, January 15, 2009

Arak dan Judi

"Di dalam arak dan judi ada dosa besar dan ada manafa'at bagi manusia tetapi dosanya jauh lebih besar daripada manafa'atnya" - 2:219

Tidak lama dulu saya terbaca dalam MM ada seorang artis yang tanpa segan silu meneguk air kencing syaitan dalam satu majlis. Katanya kepada pemberita tersebut, doktor dia yang menasihatkan minuman tersebut untuk kesihatanya.

"Maka, ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan."

Beberapa tahun dahulu dalam satu perbicaraan, seorang bekas pegawai kerajaan telah memberikan kenyataan sebagai saksi pendakwa. Beliau telah ditanya mengenai judi. Kalau tak silap jawapannya lebih kurang: beliau tidak jumpa larangan tentang judi ini di dalam Al-Quran.

Dulu ada judi yang kononnya "dihalalkan". Loteri Kebajikan Masyarakat.

"Maka, ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan."

Kata saya...sesungguhnya kita ini jahil dan mudah dipesongkan.

3 comments:

Ibu Baru said...

Sapa artis tuh? Mangkuk hayun betul, kena interbiu masa tgh mabuk apa. Bila dah tua tak laku baru menyalahkan takdir, masa senang popular lupa dosa pahala.

sya said...

Manusia suka menterjemah Al Quran dan Hadis mengikut tafsiran otak mereka yg sejengkal.

Sayangnya orang yg berotak sejengkal lah dibenarkan mempunyai suara sehasta supaya org boleh mendengar pendapat bodoh mereka

jorazak said...

ibu baru
dalam sisipan MM tak ada mention siapa artis tu, tetapi seorang pengacara katanya.
memang artikel tu kutuk habis artis tu sebabnya artis tu tak perasan pemberita tu duduk semeja dengan dia. dia siap cakap "kalau ada reporter habis aku" (lebih kurang)


sya
salah satu tanda dunia akhir zaman, orang yang tidak berilmu agama dilantik memegang jawatan ketua agama.
yang menterjemah dan mentafsir satu hal, yang terus buang hadis lagi naya. baca kitab yang diterjemah dah rasa pandai. baca Al-Quran yang diterjemah dah rasa pandai.
Alahai...