Hi, hi, macam title blog Prof. Dr. Mohd Kamil aje. Hari ini nak mengomel tentang industri perfileman kita.
Tak berapa lama dulu semasa sedang makan di gerai makan di seksyen 16 saya terpaksa menonton drama bersiri "Pepaya" di tv III (suku?). Antara dialog yang diucap, kalau tak silap,"Prof. Lili sedang cuti belajar". Dialog itu untuk menunjukkan situasi dalam institusi pengajian tinggi. Mungkin pada yang lain tak ada salahnya. Pada saya sangat signifikan.
Seorang profesor tidak akan membuang masa untuk cuti belajar, untuk peningkan kepala untuk dapatkan PhD, kalau dah dapat pangkat profesor. Kalau dia ambil cuti sabatikal itu logiklah pada saya. Siapalah pengarah dan penulis skrip drama ni. Ni dah tentu tak buat research betul-betul. Mentang-mentang drama komedi, main hentam saja. Agaknya diorang ingat orang tak perasan, atau memang diorang tak tau fasal cuti akademik ni.
Hari ini saya terbaca sisipan UM tentang profesor madya yang selalu buat filem tu. Dia sedang buat filem tentang kembar siam bercantum di kepala, macam kembar siam dari Iran yang meninggal dunia di Singapura dulu. Tak taulah apa jalan ceritanya dan bukan itu yang nak saya komen. Saya nak komen tentang baju yang dipakai oleh "kembar" ni.
Kalau lihat baju yang dipakai oleh "kembar" ni (ada beberapa keping gambar diselitkan bersama artikel) semuanya jenis baju sarung di kepala, macam jenis T-shirt. Dari gambar t-shirt merah yang dipakai oleh salah seorang "kembar", saya pasti t-shirt itu tidak berbutang di belakang. Bayangkan bagaiman mungkin "kembar" ini memakai baju yang memerlukan pakaian tersebut melalui kepala apabila kepala mereka bercantum. Tak taulah kalau prof madya ni dah pastikan baju tu semua ada butang di belakang.
Kata saya...memang isu kecil dan remeh temeh tapi cukup signifikan untuk menang skrip dan costume terbaik.
4 comments:
Kalau nak komen pasal perfileman Melayu.. tak cukup satu posting cam ni tau. Tapi pelik gak kan seorang professor tak begitu teliti dlm kejanya.. tapi bila fikirkan dia prof madya setakat gelaran aje kan
sya
memang kalau nak komen semua fasal perfileman melayu boleh buat satu tesis agaknya. yang ini yang latest saya nampak dan dengar memandangkan saya tengok filem/drama melayu entah berapa kali setahun. hi, hi, kebanyakannya terpaksa tengok.
bila kat sini baru terasa nk tgk citer melayu..kalo x sanggup tido dari tgk.ada filem yg ok, bermakna juga la utk ditgk.kalo komen lebey2 kata x menyokong industri perfileman tempatan pulak.out of topic..dah tau ke sapa next tnca?
ibu baru
1. hi, hi, saya kalau tengok cerita melayu, berulang-ulang pun cerita p.ramlee aje. bukan tak nak sokong cerita melayu, tapi kebanyakan cerita hanya cuba nak menonjolkan sesuatu aje. pelakon biasanya overacting.
2. entah, belum tahu lagi. last time saya dengar nak dibuat rombakan besar-besaran pengurusan universiti dan fakulti
Post a Comment