Sunday, January 11, 2009

Bila...

Bila...
Keretapi di Sepanyol di bom, riuh seluruh dunia dengan "pengganas" yang dikaitkan dengan Islam.

Bila...
Kapalterbang diletupkan di Lockerbie yang dilakukan oleh rakyat Libya dikaitkan dengan "pengganas" Islam.

Bila...
Disko di Bali diletupkan dikaitkan dengan "pengganas" Islam.

Bila...
WTC di New York diletupkan dikaitkan dengan "pengganas" Islam.

Bila...
Tentera Amerika MENGGANAS di Afghanistan yang tiada kena mengena dengan mereka, katanya untuk kebaikan dunia.

Bila...
Tentera Amerika MENGGANAS di Iraq yang mana mereka gilakan minyaknya, katanya hendak mengamankan dunia.

Bila...
Tentera Israel MENGGANAS di Palestin dengan MEMBUNUH berratus-ratus (mungkin dah beribu?) anak-anak kecil sejak akhir Disember 2008 hingga sekarang, katanya kerana Hamas mulakan dulu.

Bila...
Ini semua berlaku, mana pergi kelengkapan perang askar negara Islam? Semua beli dari Amerika...mungkin dah ada dalam syarat perjanjian pembelian tak boleh guna untuk lawan Israel agaknya.

PBB, yang berpaksikan Amerika, yang berpaksikan Israel, jelas berat sebelah. Jangan harap PBB nak buat apa ke atas Amerika atau Israel. OIC, tinggal Oh, I See. Apa yang diorang buat? Cakap aje lebih!

Kata saya...kalau setakat beri bantuan perubatan buat apa! AGAKnya lebih sesuai diberikan bantuan senjata kepada mereka supaya mereka dapat MEMPERTAHANKAN diri masing-masing. Lihat saja fotograf helikopter mereka membedil secara sukahati tanpa sebarang ragu-ragu. Kalau ada roket anti-aircraft atau land-to air missile dilancar kepada helikopter dan jet pejuang ini barulah mereka kurang sikit kurang ajarnya.

2 comments:

sya said...

Bila agaknya jutawan2 Arab yg kaya raya yg menghabiskan duit jutaan dollar di US, UK dan sekitar Europe tu akan turut sama menentang Israel dr bumi Palestin.. kita yg jauh bercakap.. berparlimen/bersidang .. berapat umum.. mereka yg dekat? Apa tindakan mereka.. setakat oh I see.. cam rimau tua tak bertaring

jorazak said...

sya
tak kena kat diorg. itu sebabnya diorg tak kesah. tengok ajelah mesir, org palestin nak seberang sempadan utk tujuan dapatkan keperluan seharian pun kena sekat. bukannya nak minta free, nak beli!
itu mesti ada sebab musabab hubungan dengan us. agaknya kalau mesir bagi peluang org palestin membeli kat situ, mesir agak us & israel pulak akan buat naya kat dia. memang hampes, tak guna punya mesir!!!