Monday, January 12, 2009

Paku Dulang Paku Serpih

Alahai YB Menteri Pelancungan terlupa agaknya apabila beliau dengan bergayanya mengingatkan calon PAS supaya tidak tamak kerana sudah pun menjadi ADUN Wakaf Mempelam. Terlupa akan dia perkara yang sama berlaku pada PRK Pematang Pauh. Calon dari parti mana agaknya yang sudah pun menjadi ADUN tetapi masih dicalonkan untuk menentang DSAI di situ? Ya, ya, mungkin YB lupa. Ya, memang melayu mudah lupa.

Ya, mungkin ada fakta lain yang sengaja dilupakan. Calon BN adalah seorang senator yang baru mengangkat sumpah SEMULA. Calon BN ini juga adalah seorang Timbalan Menteri. Oh, mungkin ini adalah satu pengorbanan agaknya. Calon BN ini terpaksa BERKORBAN meletakkan jawatannya sebagai senator, yang akan menyebabkan beliau tidak boleh dilantik sebagai senator semula jika kalah, dan juga MENGORBANKAN jawatan timbalan menteri itu.

Kata saya...bak kata pepatah,"Meludah ke langit...", muka siapa yang kena, ek?

2 comments:

Ibu Baru said...

en jo ni boleh jd penganalisis politik. ada jumpa prof r x? sy rasa dia akan jd dekan balik. jgn lupa amik award dari blog saya. kena letak gak kat blog en jo.

jorazak said...

ibu baru
1. hi, hi, saje nak mengomel benda yang tak betul.
2. hari tu gi fakulti, dia tak ada. baguslah kalau dia naik semula. aman sikit fakulti.
3. hi, hi, kalau tak ambik boleh? tak suka buat tag (ni kira tag jugak). tak ade org yg nak di tag. hi, hi, maksud lain tak ada org baca blog ni, selain beberapa org regular.
4. ok, ok. letak aje. nak tag 4 org tu, tak ade yg kenal saya.