Sunday, January 18, 2009

Dah Tak Ada Idea

Hari tu saya komplen fasal perfileman melayu. Hari ini nak komplen lagi sebab baru baca MM (hi, hi, kononnya berwajah baru! hampes juga isinya!). Fasal "Anu dalam botol".

Apala produser yang sorang ni, dah macam tak ada idea nak buat filem. Kalau sebelum ni ada cerita yang melibatkan ciuman antara wanita, produser ni pulak lebih berani nak buat perkara-perkara berikut:
  1. pelakon lelaki berlaga hidung
  2. bercium mulut
  3. meraba
  4. aksi ranjang separuh bogel

Dah macam nak buat fillem di hollywood la pulak. Agaknya ada orang lagi nak tengok filem yang dibuat oleh produser ni. Katanya filem yang nak dibuatnya ni FILEM DAKWAH.

MasyaAllah!

Rasanya budak kecik pun tahu bezakan filem lucah ke filem dakwah.

Kata saya...memang hampes!

2 comments:

Ibu Baru said...

rasanya pengarah ni memang suka buat filem camnih. filem2 dia byk yg kontroversi, filem u-wei pun kontroversi juga tp bermakna. tak nampak apa signifikannya dgn tajuk mcm tu. filem dakwah patutnya tajuk yg lebih mulia

sya said...

Filem apa ek... lama dah tak baca MM tu ... rasa meluat membaca terutama bhgn tengah dan bhgn org mengadu sampai citer mende dlm kain. Tak suka