Monday, March 02, 2009

Siapa Menang?

Hari sabtu dan ahad baru ni ada Jom Heboh kat dataran MITC. Ramailah rakyat Melaka dan yang berdekatan datang hadir ke situ. Tak kira malam ke siang. Hujan ke panas. Semua datang beramai-ramai bersama keluarga. Hampir nak penuh parking masjid Al-Alami MITC.

Hari sabtu, malamnya ada ceramah bulanan anjuran masjid Al-Alami. Penceramah didatangkan khas dari Bandar Tun Razak. Jamuan disediakan, percuma. Yang datang (saya cuma perhati makmum lelaki) adalah lenih sikit dari satu saf. Ustaz pun cakap, dia terkejut tengok kereta parking keliling masjid. Hi, hi.

Siapa menang? Jom Heboh! Sah!

Jadi habuannya, malam konsert dihadiahkan hujan yang tak seberapa lebat. Jadi kalau nak tahu siapa yang fanatik Jom Heboh, tanyalah rakyat Melaka yang sanggup berhujan untuk melihat konsert Jom Heboh itu.

Kata saya...dah 2 tahun tak pergi ke sana. Tahun lepas kebetulan semasa saya di luar negara, tahun ni memang malas nak pergi. Dekat tapi jauh.

8 comments:

blogmaster said...

Salam Jo
ini lah fakta yang orang zaman kita (40++) kena lalui. Hiburan sudah menjadi darah daging kehidupan umat melayu. Malangnya hiburan yang ada tidak ada pun yang membangkitkan semangat perjuangan orang Melayu tetapi lebih melekakan. Kita tidak harus menolak kebangkitan kaum minoriti yang sekarang berani "mencelakakan" orang melayu adalah juga daripada kesan penayangan secar berterusan siri filem-filem mereka yang lebih menggambarkan keganasan sebagai simbol perjuangan golongan miskin dan rakyat kebanyakan.

malangnya kita semakin menjadi 'tapai' dengan kebanjiran "ragi" siri filem seperti 'sepet' dan 'anunya dalam botol' sahaja

just my 2 cent

Hassan

jorazak said...

hassan
1. aku cuma nak mengimbau masa kita "muda-muda" tak ada benda ni semua. nasib baik anak-anak aku tak kuasa nak gi tengok konsert mcm tu. dulu aku pergi pun beli barang habis RM40-50.
2. hi, hi, kalau masa Che Det dulu ada berani makhluk-makhluk tu berkata demikian.
3. nak buat camana lagi. filem kita dah tak ada identiti. hi, hi, baik tengok cerita Geng dari tengok cerita yg hanya nak menunjuk kononnya kekayaan org melayu, skandalnya, tabiat muda-mudinya.

sya said...

Alhamdullilah anak2 sya tak de yg sibuk mengajak emak ke any Jom Heboh ke Sure Heboh ke dan apa2 ntah lagik...

jorazak said...

sya
ramai kawan saya kata, sekali tengok dah memadai. benda serupa aje tiap-tiap tahun. so apa nak dihebohkan.

Ibu Baru said...

dah lama tak gi sana.xde benda pun kecuali jam, dan gerai yg xmurah.en jo...ada tag.kena buat yek.

Helena said...

Helena gi Sure Heboh sekali aje. Itupun sbb we all involved dalam SUKMA.... lepas tu tak gi lagi la....

Buang masa aje.... to me.

The One and Only said...

Assalamualaikum,
Hi Jo, lama tak denga kaba. Sihatlah hendaknya. I memang dari dulu menyampah dengan budaya hedonisma yang berlebihan di Malaysia yang kononnya negara Islam ni. Elok pulak sesetengah negara kafirun tu , lebih beradab. Sebab tu I lebih suka tengok movie hollywood dari movie melayu. Sebab kalau pelakaon hollywood tu berpeluk cium kita taklah hairan sebab diaorang tu kafir, tapi kalau pelakon Melayu yang kononnya agama Islam buat gitu, memang pedih sangat hati rasanya. Jom heboh ni manfaatnya terlalu sedikit tetapi bahayanya longterm, sangat merosak dan membahayakan, sama seperti "khamar". Wallahua'lam. MM, KPTM.

jorazak said...

ibu baru
1. dek kerana nak mengelakkan jam jom heboh, terpaksalah jugak mengharung jam pelancung di jalan biasa bila nak ke bandar.
2. hi, hi, hi



helena
1. tell that kepada yg sanggup kena saman parking, mengheret anak di tengah panas dan berhujan menyaksikan konsert.
2. kalau tak silap, lepas diorg tembak langit dgn bunga api, hujan turn lagi lebat.



mem
1. you sendiri apa khabar?
2. diorg kata, apa yg dibuat di hollywood, mallywood pun boleh buat. mallywood boleh! cuma filem di sini, dahlah kuantitinya tak seberapa, kualiti kebanyakannya below average...