Dulu semasa masih muda (hi, hi) apabila saya terlupa atau tertinggal barang, saya selalu diperli:
"Muda-muda lagi dah jadi pelupa, esok dah kahwin maunya tertinggal bini, tertinggal anak"
Hi, hi, renungkanlah cerita-cerita pendek yang diceritakan kepada saya beberapa hari yang lepas.
Cerita 1
Sebuah keluarga telah datang untuk makan malam di Restoran Tomyam Klasik, di Ayer Keroh Melaka. Setelah makan mereka pulang lebih kurang pukul 11.15 malam dengan 3 buah kereta. Tanpa mereka sedari seorang anak perempuan berumur 3 tahun telah TERTINGGAL di restoran itu. Kanak-kanak itu menangis walaupun dipujuk. Kanak-kanak tersebut pulak tidak dapat memberitahu apa-apa. Tuan punya restoran akhirnya dapat meredakan tangisan kanak-kanak itu dengan memberi aiskrim. Sehingga restoran itu ditutup pada pukul 2.00 pagi masih tiada ibubapa kanak-kanak itu maka tuan punya restoran terpaksa membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya.
Rupa-rupanya mak kanak-kanak tersebut dah pengsan kerana terkejut kehilangan anaknya. Tak tahulah pulak bila mereka sedar kehilangan budak tersebut. Mereka membuat laporan polis. Polis tanya kat mana mereka terakhir lihat budak tu, jawab mereka kat restoran tu. Yang peliknya kenapa mereka tak pergi restoran itu, padahal jangkawaktunya panjang, antara 11.15 hingga pukul 2. Nasib baik polis dapat contact tuan punya restoran. Happy ending!
Cerita 2
Sepasang suami isteri beserta anak dan ibu kepada si isteri berhenti untuk solat di R&R Seremban. Setelah solat si isteri bertembung dengan seorang lelaki lalu memohon untuk meminjam telefon bimbit lelaki itu. Katanya dia nak telefon suaminya. Menerusi telefon, siisteri marah-marah kepada suaminya. Suami telah TERTINGGAL isterinya di R&R Seremban. Semasa ditelefon dia dah sampai di NILAI!
Cerita 3
Sepasang suami isteri telah pergi ke Jusco Melaka untuk membeli belah. Semasa pulang mereka jalan beriringan ke tempat letak motosikal mereka. Sampai di motosikal mereka, sisuami meletakkan barang dalam raga motosikal, start enjin moto dan menunggangnya hingga sampai ke rumah. Setibanya di rumah barulah si suami perasan siisteri telah TERTINGGAL di kawasan letak motosikal!
Kata saya...hi, hi, ada orang lebih teruk dari saya!
12 comments:
hihi.. En. Joe cerita pertama telah menyebabkan saya tergelak pula. Isk kalau saya pun mungkin dah pengsan juga. Harap2 tak berlaku la pada kami dlm jangka masa akan datang. InsyaAllah. :)
Kalau laki tinggal bini tu mmg something wrong la kat laki tu. Entah apa yg difikirkan ye? Agak2 ada tak bini yg tertinggal laki?
Semasa saya makan angin kat Gem Beach,Trengganu satu convoy keluarga tertinggal anak, saya pulak kelangkabut pegi cari no talipon family dia. uruskan anak tu. Ia lah terfikir jugak sebab masa tu anak-anak saya pun besar lebih kurang macam anak yang kena tertinggal tu. Lepas tu emak budak tu kata dia ingat anak dia naik kereta makcik dia....
kalau berkonvoi saya selalu pastikan anak-anak saya dan anak saudara juga semua penumpang yang lain semua telah menaiki kereta sebelum tinggalkan suatu tempat.
as
1. tuanpunya restoran itu tinggal depan rumah saya.
2. saya kesiankan budak tu. 3 tahun, mana tahu nak cakap apa-apa.
3. hi, hi, yg laki bini tak tahulah nak cakap...
hassan
aku rasa itulah yg terjadi kat budak tu. datang 3 kereta, memasing ingat dia naik kereta yg lain.
Jo & As,
bini tertinggal laki ada bukan tak ada, tapi bini terlupa laki selalu jugak dengaq..bini terlupa dia dah berlaki pun biasa dengaq jugak..
hii..hiii.hiiii
hehe jorazak.... kelakar la.... eh helena pun pelupa jugak tau.... tapi tak pernahla tertinggal anak macam tu.... syukur alhamdullillah....
Tapi pernah rasa nak pengsan sebab anak hilang masa shopping rupanya dia nak main hide and seek .... puas mencari dia.... nasib baik last2 nampak kelibat dia lari from one tempat sangkut baju to the other....haha keje anak no2 tu la.....
hassan
hang ni hassan...
helena
1. yang laki bini tu memanglah kelakar, tapi kalau kena kat anak, kena pulak yang tak tau cakap lagi, itu yang sampai pengsan tu.
2. hi, hi, anastassia lagi...
Memang kalau konvoi ramai2 dan mak bapak sibuk bercakap anak kemungkinan besar leh tertinggal, apa lagik kalau anak tu jenis suka berhenti sendirian tenguk sesuatu yg menarik hati dia.. yg lain dah ke depan dia di belakang.
Setakat ni sya lom lagik tertinggal anak kat mana2 .. cuma penah terlupa amik anak kat sekolah sebanyak 2 kali masa anak seolah petang.. masa tu pun dah pucat2 lesi mencari bila nak maghrib.. ngeri pengalaman tu
Pasal laki tertinggal bini.. bapak sya pun penah. Dia start motor terus jalan ingatnya mak dah naik.. puas lah dia berbual sorang2 mak tak menyahut. Bila dia perasan tak de orang belakang mengucap panjang dia. Mak yg dah 15 minit tunggu .. hangin aje.
Itu bab motor ok lah.. bab terlupa bini dlm keta itu mcm sengaja aje..
sya
1. budak yg tertinggal tu katanya dia pergi tempat permainan kat situ. hi, hi, macam anak saya jugak. nak balik, cari dia, dia dah menangis, tengok yg lain dah tak ada.
2. yg peliknya, anak dan mak siisteri tak cakap apa pulak. hi, hi, dah nak jadi cerita...
JoE! The blogger!! Baru jumpa nih..!
Nak komen pasal lupa...Aku pun ada own story, masa kat Kuantan (yang aku kena dihantar balik tu...) Isham pernah tertinggal kat Giant carpark!! Masa balik dia & adik-beradik angkut barang masuk Unser. Aku dah kat steering. Lepas tu sema pintu dah tutup aku jalan. Dah nak sampai simpang permatang badak baru semua realised yang dia tertinggal. Rupa2nya dia pergi hantar troli balik tapi abah dia dah jalan... Masa pergi ambik dia, dia tengah tunggu bas kat bus stop Giant tu...
azmi
1. that's a good one!
2. hi, hi, kebanyakannya TERJUMPA blog ni.
Post a Comment