Monday, January 11, 2010

Lagi Kisah Sebelum Tidur

Hari Jumaat lepas seperti biasa ustaz H memberi kuliah tafsir Al-Quran. Sekarang dah masuk Surah Ali-Imran ayat 18-20. Dah dua minggu. Semasa mentafsir ayat 18, dia menasihatkan membaca sekurang-kurangnya dua kalimah syahadah sebelum tidur. Katanya manalah tahu...sekurang-kurangnya kita mati dalam Islam.

Katanya lagi, saya tak pasti pulak asnadnya, jika kita mengamalkan ayat ini sebelum tidur, Allah akan mengutuskan 70,000 malaikat mendoakan kita sehingga hari kiamat. Wallah Hua'lam.

Tambahnya lagi, janganlah pula kit mengharapkan habuan dari Allah semata-mata tetapi menghayati makna disebalik ayat tersebut.

Ayat 18:
Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil dan bukti) bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan, demikian juga malaikat-malaikat dan orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian). Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kata saya...yang baik itu jadikan amalan.

No comments: