Friday, January 22, 2010

Lampu Merah

Di laluan ke tempat kerja ada satu persimpangan, simpang empat. Satu laluan menghala ke universiti dan satu lagi ke Kolej Yayasan Saad. Di situ diletakkan lampu isyarat.

Boleh dikatakan yang menggunakan laluan itu adalah pelajar dan pekerja di univerisiti. Yang menghala keluar masuk ke KYS adalah terlalu jarang. Tau ajelah 'boarding school'.

Yang tak praktikalnya, lampu isyarat yang yang diletakkan hanya menggunakan 'timer'. Jadi banyak masa dihabiskan menunggu lampu bertukar hijau. Laluan ke KYS biasanya tiada kereta tetapi oleh kerana timer, diberikan juga untuk masa untuk "tiada kenderaan lalu-lalang".

Kata saya...'timer tak bodoh', tapi...

8 comments:

blogmaster said...

satu entry dalam newsgroup staroba pasal manusia kena kawal dek sistem tu menarik jugak tu...

ada seorang engineer langgar lampu merah tengah malam dan kena tahan polis, dia pun berhujjah la kat polis tu.. asal nya simpang ni kan tak ada lampu, lampu ni dipasang untuk kawal lalulintas, tapi kalau saya pasti tak ada kenderaan lalu, apa salahnya saya jalan terus....Polis tu jawab..asalnya saya pun macam encik juga, tapi sekarang dah jadi polis saya kena la jalankan tugas saya.....

aintsuperwoman said...

saya pernah pergi Taiping sampai pukul 4 pagi. Auntie yang fetch saya berhenti kat traffic light. Tunggu lampu hijau baru nak jalan. ???!!$$

jorazak said...

hassan & aintsuperwoman:
1. hi, hi, sorry, kena jawab dua2 sekali.
2. senario serupa di manhattan, kansas, usa, sometime in 80's. kami balik dari rumah kawan pukul 3 pagi, waktu musim panas. keadaan begitu lengang masa musim panas agaknya boleh tidur atas jalan tanpa kena langgar kereta. kawan saya kena saman sebab langgar lampu merah. persimpangan tu memang sibuk pada waktu siang musim lain selain musim panas. biasanya dekat 4 minit baru boleh jalan. malam tu dah tunggu 2 minit, dia pun jalan. rupa2nya polis memang dah tu kat tepi bangunan...
3. alat untuk permudahkan hidup menjadi satu masalah bila manusia terikat pada peraturan...

sya said...

Samalah masalah saya setiap pagi.. simpang 4 antara Jalan Kuari dan Taman Pertama Cheras, satu drnya dr kawasan perumahan dan kalau ada keta pun cuma 1 atau dua aje tak penah lebih sedangkan yg jalan terus pergi dan balik bertali arus. Masa trafficlight tu dibahagi sama rata maka panjanglah masa menunggu di Jalan Kuari hingga membawa ke bulatan MRR2 Kg Cheras Baru... dr masa sampai ke pejabat dr Jalan Kuari kurang dr 5 minit menjadi 15 minit, sbb walaupun tak de keta tak de sapa berani melanggar lampu merah

jorazak said...

sya
lagi naya kalau kat traffic light tu ada camera...

blogmaster said...
This comment has been removed by the author.
blogmaster said...
This comment has been removed by the author.
blogmaster said...
This comment has been removed by the author.