Thursday, January 07, 2010

Yahudi dan Nasrani

134:
Mereka itu adalah satu umat yang telah berlalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan)apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka lakukan.

135:
Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata, "Jadikan kamu sebagai pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu mendapat petunjuk." Katakanlah (wahai Muhammad),"Tidak, bahkan kami akan mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (atas dasar tauhid), dan bukanlah dia daripada orang musyrik."

136:
Katakanlah (wahai orang yang beriman), "Kami beriman kepada Allah, dan kepada yang diturunkan kepada kami (al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishaq dan Nabi Ya'qub serta anak cucunya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Tawrat) dan Nabi 'Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi daripada Tuhan mereka, kami tidak membezakan seseorang pun dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Muslimin (berserah diri dan tunduk taat kepada Allah semata-mata)."

Kata saya...Surah Al-Baqarah

4 comments:

sya said...

sigh..........

Helena said...

salam... dah lama tak menjenguk kat rumah ni.... selalu gi rumah lagi satu.... :D

jorazak said...

sya
ustaz H cakap Yahudi dan Nasrani tidak meredhakan umat Islam sehinggalah umat Islam mengikut agama dan arahan mereka. yang penting akidah umat Islam perlu teguh. tapi la ni tak ta nak cakap la...

jorazak said...

helena
untuk menulis lebih panjang saya prefer guna blog dari guna note dalam FB. lagi pun mungkin tak ada org nak baca note since feeds dia dah berjela-jela...